Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Samalaju dilulus sebagai Zon Perdagangan Bebas Komersial
  • SEMASA

DUN: Samalaju dilulus sebagai Zon Perdagangan Bebas Komersial

Utusan Sarawak 3 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan bercakap pada sidang DUN di Kompleks DUN, Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kementerian Kewangan telah meluluskan Fasa 1 Pelabuhan Perindustrian Samalaju sebagai Zon Perdagangan Bebas Komersial, dengan Samalaju Industrial Port Sdn Bhd dilantik sebagai Pihak Berkuasa Zon Bebas.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, kelulusan tersebut merupakan satu pencapaian penting yang akan memperkukuh peranan Samalaju sebagai hab strategik perdagangan dan logistik di Sarawak.

“Pembangunan zon bebas ini akan menyokong industri hiliran, pembuatan bernilai tambah, perkhidmatan logistik, pergudangan serta aktiviti perdagangan antarabangsa.

“Inisiatif ini juga akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur dan memperkukuh ekosistem industri di kawasan berkenaan.

“Ini merupakan pencapaian besar yang akan mengukuhkan peranan Samalaju sebagai hab logistik dan perdagangan strategik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan pelabuhan Zon Perdagangan Bebas Komersial pertama di Sarawak.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata permohonan status zon bebas bagi Pelabuhan Miri dan Pelabuhan Bintulu masih dalam pertimbangan Kerajaan Persekutuan dan negeri akan meneruskan usaha bagi mendapatkan kelulusan tersebut.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Haji: Patung unta jadi ‘penumpang terawal’ pulang ke Malaysia
Next: DUN: Pengeluaran gas pertama dijangka bermula dari medan luar pesisir PC4 dan Salbiah di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.