Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM183.07 juta diluluskan untuk 17 projek taman perindustrian di Sarawak
  • TEMPATAN

RM183.07 juta diluluskan untuk 17 projek taman perindustrian di Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan bercakap di sidang DUN di Kompleks DUN, Petra Jaya. Foto UKAS

PETRA JAYA: Sebanyak RM183.07 juta telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi melaksanakan 17 projek taman perindustrian di seluruh Sarawak termasuk di kawasan luar bandar.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, projek tersebut akan menyokong pengembangan industri, pembangunan wilayah, penciptaan pekerjaan serta pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Kementeriannya kekal komited memperkukuh ekosistem perindustrian Sarawak melalui peluasan dan penaiktarafan taman serta estet perindustrian di seluruh negeri.

“Taman-taman perindustrian terus dinaik taraf melibatkan kemudahan infrastruktur, utiliti, jaringan jalan raya dan kapasiti tanah industri bagi memenuhi permintaan pelabur yang semakin meningkat,” katanya yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau mengulas lanjut, sepanjang Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), sebanyak RM128.05 juta telah diperuntukkan bagi 23 projek taman perindustrian di seluruh Sarawak.

Enam projek yang telah siap dilaksanakan ialah Taman Perindustrian Sematan Fasa 1, Taman Perindustrian Sri Aman, Taman Perindustrian Betong Fasa 1, Taman Perindustrian Kapit, Kluster PKS Samalaju Fasa 1 dan 2 serta Taman Perindustrian Marudi Fasa 1.

Tambah beliau, baki projek lain kini berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan. Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan kerajaan Sarawak turut meluluskan pembangunan Taman Perindustrian Sarikei Fasa 2 di bawah RMK-13 dan kementeriannya sedang mengenal pasti tapak sesuai bagi projek tersebut.

“Kementerian juga akan menjalankan penilaian lanjut bersama pihak berkuasa berkaitan mengenai kesesuaian membangunkan taman perindustrian kecil dan sederhana di Selangau.

“Kerajaan turut memberi tumpuan kepada pembangunan kluster perindustrian bersepadu bagi mengukuhkan rantaian bekalan dan rantaian nilai industri di Sarawak.

“Pada masa sama, satu penilaian menyeluruh terhadap taman dan estet perindustrian di seluruh Sarawak sedang dilaksanakan bagi memperkukuh aspek sosioekonomi, alam sekitar dan tadbir urus ke arah pembangunan industri yang lebih cekap dan mampan,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: LPKP Sarawak gantung lesen dua lori pengadun simen selepas terbabit kemalangan maut
Next: MPP lancar program ‘Sisa Menjadi Beg’ galak kelestarian dan pemerkasaan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.