Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • KPT bakal perluas Program Kembara Pendidikan Tinggi ke seluruh negara
  • PENDIDIKAN

KPT bakal perluas Program Kembara Pendidikan Tinggi ke seluruh negara

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (tengah) beramah mesra bersama pelajar sekolah pada Majlis Peluncuran Kembara Pendidikan Tinggi@ Terengganu sempena Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong Ajil hari ini. Foto Bernama.

KUALA BERANG: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperluas Program Kembara Pendidikan Tinggi ke seluruh negara sebagai pendekatan baharu untuk merapatkan lagi institusi pengajian tinggi dengan masyarakat, sekali gus menyumbang kepada pembangunan komuniti.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, program itu dilaksanakan menerusi kerjasama universiti awam, politeknik dan kolej komuniti dengan memanfaatkan ilmu serta kepakaran dimiliki institusi berkenaan untuk masyarakat setempat.

“Program Kembara Pendidikan Tinggi yang dilancarkan hari ini di Terengganu akan diperluaskan ke negeri lain secara berperingkat. 

“Kita akan turun ke kampung untuk mengenal pasti kawasan yang memerlukan penglibatan universiti bagi mengubah sosioekonomi masyarakat menerusi projek berkaitan ilmu,” katanya selepas Majlis Pelancaran Program Kembara Pendidikan Tinggi@Terengganu bersempena Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Zambry berkata, UMT dipilih sebagai universiti peneraju bagi pelaksanaan program itu berikutan kejayaan membantu meningkatkan sosioekonomi komuniti menerusi projek berasaskan ilmu dan kepakaran, termasuk perusahaan madu kelulut dan cendawan. 

Beliau berkata, universiti tersebut mempunyai kelebihan dari segi kepakaran dan kajian terhadap kedua-dua produk berkenaan yang kemudiannya diterjemahkan di peringkat kampung supaya komuniti setempat dapat turut mengusahakannya.  

“Alhamdulillah, antara kejayaan yang dapat dilihat ialah pengeluaran madu kelulut secara berkelompok oleh masyarakat kampung dan penanaman cendawan yang membantu menambah pendapatan penduduk,” katanya.

Zambry berkata, beberapa universiti lain seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing turut bersama-sama menjayakan inisiatif berkenaan.

Beliau berkata, pelaksanaan Program Kembara Pendidikan Tinggi juga akan melibatkan kerjasama dengan sekolah bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mempertingkatkan pengetahuan, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Setakat ini 12 sekolah telah dikenal pasti untuk inisiatif ini dan antara fokus utama adalah dalam bidang STEM,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kemasukan ke IPTA kekal berasaskan SPM – Zambry
Next: DUN: Sarawak perkasa intervensi awal kanak-kanak menerusi pendigitalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.