



LOS ANGELES: Dua kebakaran hutan besar melanda selatan California pada petang Isnin, mendorong perintah pengungsianĀ untuk puluhan ribu penduduk, menurut pihak berkuasa, lapor agensi berita Jerman dpa.
Angin kencang turut mendatang ancaman api bertambah marak.
Kebakaran hutan di barat laut Los Angeles berhampiran bandar Simi Valley telah merebak di sekitar 5.5 kilometer persegi, menurut anggota bomba.
Satu lagi kebakaran di Pulau Santa Rosa di luar pantai California menular kepada kira-kira 59 kilometer persegi, kata agensi bomba negeri Cal Fire.

Arahan dan amaran pengungsian telah dikeluarkan untuk beberapa daerah. Di Ventura County sahaja, kira-kira 29,000 orang terjejas.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan meramalkan apa yang dipanggil angin Santa Ana untuk wilayah itu, keadaan yang sering dikaitkan dengan kebakaran hutan yang merebak dengan pantas.
Kebakaran itu mengimbau insiden dua kebakaran dahsyat awal tahun lepas iaitu Kebakaran Palisades di pinggir barat Los Angeles dan Kebakaran Eaton berhampiran Pasadena dan Altadena, yang memusnahkan lebih 16,000 bangunan dan membunuh 31 orang.
Angin kencang ketika itu merangsang api untuk merebak dengan cepat dan anggota bomba berjuang memadamkan kebakaran selama berminggu-minggu sebelum berjaya mengawal keadaan.- Bernama-dpa