Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Wabak difteria menular di Australia
  • GLOBAL

Wabak difteria menular di Australia

Utusan Sarawak 6 hours ago
WABAK difteria merebak di Australia, pihak berkuasa perhebat vaksinasi dan ujian.

CANBERRA: Wabak difteria yang tercetus di Wilayah Utara Australia, antara yang terbesar di negara itu dalam beberapa dekad, kini menular ke negeri jiran Queensland dan Australia Selatan, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Selasa, lapor Xinhua.

Sebanyak 133 kes direkodkan di Wilayah Utara sejak wabak itu bermula selain enam kes di Australia Selatan dan lima kes di Queensland, menurut sistem pengawasan penyakit kebangsaan.

Menteri Kesihatan Mark Butler memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) wabak itu “mungkin yang terbesar” dilihat dalam beberapa dekad dan mengesahkan bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat kematian yang disyaki berkaitan difteria.

Wabak berkenaan turut menjangkiti masyarakat peribumi terutamanya di kawasan terpencil.

Pegawai kesihatan bekerjasama dengan perkhidmatan perubatan peribumi untuk mengembangkan usaha ujian dan vaksinasi.

Difteria, yang pernah menjadi punca utama kematian kanak-kanak, boleh dicegah menerusi vaksinasi namun boleh meningkat semula apabila imuniti berkurangan.

Pihak berkuasa kini mengesyorkan suntikan penggalak setiap lima tahun untuk orang dewasa yang berisiko, disingkatkan daripada selang 10 tahun sebelumnya.

Pemimpin kesihatan tempatan berkata ribuan di Australia Tengah masih belum mengambil dos penggalak, walaupun pengambilan meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Sekitar 15 hingga 20 kes baharu dilaporkan setiap minggu di seluruh Wilayah Utara, lapor ABC.

Pegawai menggesa sesiapa sahaja yang mengalami simptom, termasuk sakit tekak atau jangkitan kulit, untuk mendapatkan ujian segera dan usaha diperhebat untuk membendung wabak itu.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Enam maut, lapan cedera dalam beberapa insiden tembakan di selatan Turkiye
Next: Populasi lebah merosot, penternak bimbang penutupan makmal kajian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.