Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 80 peserta sertai program kesedaran keselamatan kebakaran di SK Nanga Dayu
  • Tengah
  • WILAYAH

80 peserta sertai program kesedaran keselamatan kebakaran di SK Nanga Dayu

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANTARA aktiviti yang dijalankan di program kesedaran keselamatan kebakaran, semalam. Foto BBP Bintangor

JULAU: Seramai 80 peserta menyertai program kesedaran keselamatan kebakaran yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Dayu, Julau pada semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran warga sekolah mengenai aspek keselamatan kebakaran dan tindakan awal ketika berlaku kecemasan.

“Program yang bermula dari 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari itu dikendalikan oleh tiga anggota bomba.

“Program ini penting bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar dan warga sekolah mengenai langkah keselamatan serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

ANTARA aktiviti yang dijalankan di program kesedaran keselamatan kebakaran, semalam. Foto BBP Bintangor

Tambahnya, antara pengisian utama program termasuk latihan pengungsian bangunan, ceramah kesedaran keselamatan kebakaran dan demonstrasi pemadaman kebakaran menggunakan alat pemadam api.

“Peserta turut diberikan demonstrasi berkaitan kaedah pemadaman kebakaran dapur yang sering berlaku di kediaman.

“Ia mat penting supaya peserta memahami tindakan awal yang betul dalam menghadapi situasi kebakaran serta mengurangkan risiko kejadian lebih serius,” katanya.

Selain itu, katanya, program tersebut turut diselitkan dengan aktiviti i-Suri sebagai sebahagian daripada pendekatan mendidik masyarakat mengenai aspek keselamatan dan kesejahteraan komuniti.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan konkrit baharu di Jalan Tak Hing siap dilaksanakan
Next: Komuniti Kemas Parlimen Lawas perkukuh sistem jaringan sosial komuniti dan isu rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.