Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak anjur APGH 2026, perkukuh peranan dalam pembangunan hidrogen hijau Asia Pasifik
  • TEMPATAN

Sarawak anjur APGH 2026, perkukuh peranan dalam pembangunan hidrogen hijau Asia Pasifik

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Dr Hazland Abang Hipni (tengah) ketika sidang media sempena Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2026 di Kuching, hari ini. Foto Nadya Victoria

PETRA JAYA: Sarawak akan menjadi tuan rumah Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2026 yang akan menghimpunkan pemain industri, pakar dan pembuat dasar bagi memperkukuh kerjasama serta pembangunan ekosistem hidrogen di rantau ini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, penganjuran persidangan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh peralihan tenaga melalui pembangunan ekosistem hidrogen yang lebih menyeluruh dan bersepadu.

“Pembangunan sektor hidrogen tidak boleh dilihat secara berasingan sebaliknya perlu melibatkan keseluruhan rantaian termasuk pengeluaran, infrastruktur, peraturan dan penggunaan akhir bagi memastikan keberkesanan jangka panjang.

“Tema persidangan ini, Memperkasa Masa Depan: Menjayakan Ekosistem Hidrogen yang Berdaya Tahan, mencerminkan keperluan membangunkan sistem tenaga yang lengkap dan boleh dilaksanakan secara praktikal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena APGH 2026 di bilik media Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Persidangan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dari 9 hingga 11 Jun itu dijangka menjadi platform pertukaran idea serta pengukuhan rangkaian kerjasama serantau dan global.

DATUK Dr Hazland Abang Hipni menerangkan perkembangan dan perancangan Sarawak dalam pembangunan ekosistem hidrogen hijau serantau kepada media. Foto Nadya Victoria 

Setakat ini, katanya, sebanyak 28 penceramah telah mengesahkan penyertaan dan jumlah itu dijangka meningkat dalam masa terdekat dengan penglibatan tokoh industri serta pakar dari dalam dan luar negara.

“Kerjasama antarabangsa amat penting kerana pembangunan ekonomi hidrogen memerlukan penyelarasan dari segi teknologi, pelaburan, peraturan dan piawaian keselamatan,” tegasnya.

Antara pengisian utama termasuk ucaptama mengenai peralihan tenaga boleh diperbaharui serta sesi perbincangan berkaitan kemajuan teknologi dan rangka kerja peraturan dalam pembangunan ekosistem hidrogen.

Sesi perbualan santai turut dijadualkan menampilkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang akan berkongsi hala tuju strategik negeri dalam sektor tenaga hijau.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: LPKP Sarawak gesa pengendali bas sekolah percuma dapatkan lesen
Next: DUN: Krisis global bukan penghalang pelancongan Sarawak naik 4.5 peratus iaitu 1.24 juta pelawat awal tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.