Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan konkrit baharu di Jalan Tak Hing siap dilaksanakan
  • Tengah
  • WILAYAH

Jalan konkrit baharu di Jalan Tak Hing siap dilaksanakan

Utusan Sarawak 7 hours ago
WONG Soon Mee selaku wakil Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyaksikan penyerahan siap projek di Jalan Tak Hing, Sungai Bakong. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Penduduk di Jalan Tak Hing, Sungai Bakong kini dapat menikmati kemudahan jalan yang lebih selesa dan selamat apabila projek pembinaan jalan konkrit di kawasan tersebut siap dilaksanakan menerusi Projek Mesra Rakyat (PMR) 2025.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, projek tersebut merupakan antara usaha berterusan kerajaan dalam memperkasakan pembangunan infrastruktur luar bandar demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, lawatan pengesahan siap kerja projek tersebut telah dilakukan oleh Wong Soon Mee dari Pusat Khidmat Parlimen Sarikei selaku wakil beliau bersama pegawai Pejabat Pembangunan Negeri (SDO).

“Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan kemudahan asas khususnya di kawasan luar bandar bagi memastikan rakyat dapat menikmati kemudahan yang lebih baik dan selesa.

“Pembinaan jalan konkrit tersebut dijangka memberi manfaat kepada penduduk setempat khususnya dari segi kemudahan perhubungan dan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Tambahnya, pelaksanaan projek infrastruktur seperti itu penting dalam membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat selain merancakkan pembangunan kawasan sekitar.

“Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan projek pembangunan bagi memastikan setiap projek yang diluluskan dapat disiapkan mengikut spesifikasi dan memberi manfaat optimum kepada rakyat.

“Saya berharap kemudahan yang telah siap dibina itu dapat digunakan dan dijaga dengan baik oleh penduduk demi manfaat bersama dalam jangka panjang,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Teknologi pendidikan luar bandar perlu diperkukuhkan — Larry Sng
Next: 80 peserta sertai program kesedaran keselamatan kebakaran di SK Nanga Dayu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.