Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas hilang sejak hadir pengebumian masih belum ditemukan
  • Selatan
  • WILAYAH

Warga emas hilang sejak hadir pengebumian masih belum ditemukan

Utusan Sarawak 5 hours ago
SAR hari kedua warga emas hilang selepas menghadiri pengebumian di Kampung Koran Bari, Serian.

SERIAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas menghadiri pengebumian di Kampung Koran Bari, dekat sini, diteruskan memasuki hari kedua hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Baluk Dayo, 68, dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri pengebumian emak saudaranya pada 16 Mei lalu sekitar 2.00 petang.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada jam 10.38 malam, Ahad.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian bersama Komander Operasi, PBK I Nasihin Jaum digerakkan ke lokasi kejadian di Kampung Koran Empaneg.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada 10.51 malam dengan jarak perjalanan sejauh 13 kilometer dari balai,” katanya dalam satu laporan hari ini.

Mengulas lanjut, usaha pencarian awal telah dilakukan oleh ahli keluarga dan penduduk kampung namun mangsa masih gagal ditemui.

“Mangsa dikatakan keluar menghadiri pengebumian di kampung sebelah sebelum tidak pulang ke rumah sehingga kini.

“Mangsa juga mempunyai masalah kesihatan termasuk darah tinggi, lemah jantung dan gastrik,” jelasnya.

SAR hari kedua warga emas hilang selepas menghadiri pengebumian di Kampung Koran Bari, Serian.

Operasi SAR hari kedua bermula seawal 8.30 pagi apabila Pusat Kawalan Operasi (PKO) bergerak ke lokasi sebelum tiba 15 minit kemudian.

Taklimat operasi seterusnya disampaikan oleh pihak polis kepada semua agensi penyelamat dan penduduk kampung yang terlibat pada 9.00 pagi.

Operasi melibatkan empat anggota BBP Serian bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux serta Unit K9 dengan dua ekor anjing pengesan termasuk anjing bernama Daisy.

Turut terlibat dalam operasi ialah empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), enam anggota RELA serta kira-kira 50 penduduk kampung.

Setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan operasi pencarian sedang diteruskan di sekitar kawasan kampung dan laluan berhampiran.

Continue Reading

Previous: Dua warga emas di Sarikei terima bantuan katil pesakit
Next: Michael Kong gesa tindakan tegas selepas insiden kabel hempap kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.