Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Eksklusif: AirBorneo pilih sewa pesawat, proses beli ambil masa hingga 10 tahun
  • SEMASA

Eksklusif: AirBorneo pilih sewa pesawat, proses beli ambil masa hingga 10 tahun

Utusan Sarawak 6 hours ago
PESAWAT ATR72-500 milik AirBorneo.

PETRA JAYA: AirBorneo memilih untuk menyewa pesawat Boeing 737-800 berbanding membeli pesawat baharu susulan proses pembelian yang rumit dan boleh mengambil masa sehingga 10 tahun.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, walaupun kerajaan mempunyai kemampuan kewangan, proses pembelian pesawat melibatkan tempoh menunggu panjang selain perlu melalui pelbagai proses pelesenan dan kelulusan kawal selia.

“Untuk beli pesawat bukan mudah. Proses itu sendiri boleh makan masa tujuh hingga lapan tahun, malah mungkin sampai 10 tahun baru dapat pesawat walaupun kita ada wang untuk beli.

“Ia proses yang panjang melibatkan pelesenan, kelulusan kawal selia dan pelbagai prosedur lain,” katanya kepada Utusan Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak selepas sidang media penggulungan Kementerian Pengangkutan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

MODEL pesawat Boeing 737-800.

Terdahulu pada sidang media sama, Lee berkata AirBorneo kini dalam fasa peralihan selepas mengambil alih operasi MASwings secara rasmi. 

Menurut beliau, AirBorneo kini mengendalikan enam pesawat Twin Otter dan enam pesawat ATR72-500 yang diambil alih daripada MASwings.

Katanya, operasi syarikat penerbangan milik Sarawak itu setakat ini berjalan lancar termasuk di Sabah.

“Saya menerima mesej daripada bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee yang memuji mutu perkhidmatan AirBorneo di Lapangan Terbang Lahad Datu termasuk layanan kakitangan yang mesra dan efisien,” katanya.

Lee berkata, selepas hampir enam bulan beroperasi, AirBorneo kini sedang merancang fasa seterusnya termasuk peluasan perkhidmatan penerbangan serantau.

Menurut beliau, AirBorneo merancang menyewa tiga pesawat Boeing 737-800 bagi laluan Kuching-Kuala Lumpur, Kuching-Kota Kinabalu, Kuching-Jakarta dan Kuching-Singapura.

Bagaimanapun katanya, operasi menggunakan pesawat jet memerlukan kelulusan baharu dari Kementerian Pengangkutan di Putrajaya dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Menjalankan syarikat penerbangan bukan seperti mengendalikan perkhidmatan bas. Hari ini beli bas, esok terus boleh bergerak.

“Bagi syarikat penerbangan, banyak proses dan keperluan kawal selia yang perlu dipatuhi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya telah memohon kepada Kementerian Pengangkutan supaya laluan Kuching-Sibu, Kuching-Bintulu dan Kuching-Miri dikembalikan di bawah perkhidmatan udara luar bandar (RAS) bagi membolehkan AirBorneo mengendalikan laluan tersebut.

Katanya, laluan berkenaan sebelum ini dihentikan pada 2019 di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan ketika itu.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Tanjung Embang bakal jadi hab penerbangan, logistik serantau
Next: DUN: Sarawak mohon laluan Kuching-Sibu, Kuching-Miri dikembalikan bawah RAS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.