Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Tanjung Embang bakal jadi hab penerbangan, logistik serantau
  • SEMASA

DUN: Tanjung Embang bakal jadi hab penerbangan, logistik serantau

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin ketika ucapan penggulungan Kementerian Pengangkutan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Foto Jabatan Penerangan

PETRA JAYA: Tanjung Embang dikenal pasti sebagai lokasi paling sesuai bagi pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Baharu (LTAK) baharu selepas kajian pengesahan tapak dan kebolehlaksanaan projek itu selesai dilaksanakan.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, kajian tersebut mendapati lokasi berkenaan memenuhi keperluan operasi dan teknikal selain berpotensi memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab penerbangan dan logistik serantau.

Menurut beliau, pembangunan LTAK baharu selari dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) untuk memperkukuh jaringan pengangkutan dan ekonomi negeri.

“Fasa seterusnya akan melibatkan permohonan pembangunan kepada Kementerian Pengangkutan sebelum proses pengambilan tanah, penyediaan tapak dan reka bentuk terperinci dilaksanakan,” katanya ketika ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.

Beliau berkata, kajian tersebut turut menilai keperluan ruang udara, kesesuaian guna tanah, sambungan infrastruktur, pertimbangan alam sekitar serta potensi pertumbuhan penumpang dan kargo.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan projek naik taraf Lapangan Terbang Miri kini menerima peningkatan siling kos daripada RM150 juta kepada RM445 juta.

Katanya, peningkatan tersebut membolehkan kapasiti Lapangan Terbang Miri dinaikkan daripada dua juta kepada empat juta penumpang setahun selain meningkatkan kecekapan operasi dan standard keselamatan.

Tambah beliau, projek itu melibatkan pembesaran bangunan terminal, ruang parkir pesawat dan sistem pemprosesan penumpang.

Lee Kim Shin berkata, Sarawak turut meneruskan beberapa projek pembangunan penerbangan lain termasuk naik taraf Lapangan Terbang Limbang dan lapangan terbang landasan pendek (STOLport) Bario selain cadangan pembangunan Lapangan Terbang Lawas dan projek STOLport Bebuling.

Menurut beliau, semua projek itu penting bagi memperkukuh jaringan penerbangan khususnya untuk kawasan luar bandar dan pedalaman.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Operasi percubaan ART bermula hujung tahun, Sarawak jadi rujukan negeri lain
Next: Eksklusif: AirBorneo pilih sewa pesawat, proses beli ambil masa hingga 10 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.