Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Urusan adat Sarawak kini digital, sijil perkahwinan dan perceraian boleh diakses melalui SarawakPass
  • TEMPATAN

DUN: Urusan adat Sarawak kini digital, sijil perkahwinan dan perceraian boleh diakses melalui SarawakPass

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini. Foto Jabatan Penerangan

PETRA JAYA: Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) memperkenalkan sistem digital baharu yang membolehkan sijil perkahwinan dan perceraian adat diakses secara dalam talian melalui SarawakPass.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai berkata, inisiatif itu dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) melalui pembangunan Sistem Elektronik Perkahwinan Anak Negeri Versi 2 serta Sistem Pengkatalogan Tradisi Lisan Versi 2.

“Langkah tersebut bukan sahaja memudahkan urusan masyarakat, malah memperkukuh kecekapan sistem pentadbiran adat di negeri ini.

“Melalui sistem ini, sijil perkahwinan dan perceraian adat boleh diakses secara dalam talian melalui SarawakPass, sekali gus memudahkan urusan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau berkata, Sistem Pengkatalogan Tradisi Lisan pula dibangunkan bagi memelihara adat, budaya dan pengetahuan tradisional dalam bentuk digital agar warisan tersebut tidak hilang ditelan zaman.

Dalam perkembangan berkaitan, John Sikie berkata MAIS turut melaksanakan usaha pemodenan adat secara menyeluruh melalui semakan undang-undang, pengkodifikasian adat serta penambahbaikan peruntukan sedia ada.

Menurutnya, pendekatan itu melibatkan tafsiran semula adat tradisional bagi memastikan ia lebih relevan dengan perubahan struktur sosial masyarakat masa kini.

“Semakan terhadap Adat Iban 1993, Adat Bidayuh 1994 serta Adet Kayan-Kenyah 1994 kini berada pada peringkat draf akhir selepas melalui proses libat urus bersama pemimpin masyarakat.

“Draf berkenaan telah diluluskan oleh Ahli MAIS pada 6 Mei baru-baru ini, dan kini dikemukakan kepada Pejabat Peguam Besar Sarawak untuk semakan lanjut,” jelasnya.

Selain itu, beliau berkata kerja awal pengkodifikasian Adet Punan telah dimulakan menerusi bengkel di Bintulu pada 22 dan 23 April lalu yang melibatkan pemimpin masyarakat serta wakil komuniti berkaitan.

Menurutnya, usaha itu penting bagi memastikan adat dan budaya masyarakat Punan dapat didokumentasikan secara sistematik serta kekal relevan untuk generasi akan datang.

Beliau berkata, keseluruhan inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh pentadbiran adat melalui pendekatan lebih moden, sistematik dan inklusif.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: Kerajaan kaji naik taraf Sungai Asap, Balingian dan Lawas, dasar lesen senapang patah kekal
Next: DUN: 139 maut dalam kemalangan jalan raya, Sarawak giat naik taraf lampu isyarat pintar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.