Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Operasi percubaan ART bermula hujung tahun, Sarawak jadi rujukan negeri lain
  • SEMASA

DUN: Operasi percubaan ART bermula hujung tahun, Sarawak jadi rujukan negeri lain

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATO Sri Lee Kim Shin ketika ucapan penggulungan Kementerian Pengangkutan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. 

PETRA JAYA: Orang ramai dijangka dapat merasai pengalaman menaiki Transit Aliran Automasi (ART) Kuching menjelang hujung tahun ini apabila operasi percubaan sistem pengangkutan moden itu dijadual bermula pada suku keempat tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, laluan percubaan akan beroperasi dari Depot Rembus, Samarahan ke Northbank, Stutong sebelum operasi komersial penuh dilaksanakan pada 2027.

Menurut beliau, operasi percubaan itu penting bagi menguji aspek teknikal, operasi dan perkhidmatan bagi memastikan sistem tersebut benar-benar selamat dan efisien sebelum digunakan sepenuhnya oleh rakyat.

“Kerajaan Sarawak komited memastikan sistem ini selamat, boleh dipercayai dan dioptimumkan sepenuhnya sebelum pelaksanaan secara menyeluruh,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang DUN Sarawak hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan penerimaan akhir bagi unit ART telah berjaya dilaksanakan dan memenuhi standard operasi yang ditetapkan.

Katanya, Sarawak dijangka menerima empat unit ART dan 10 bas feeder hidrogen tahun ini untuk menyokong operasi percubaan tersebut.

Lee berkata, projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) Fasa 1 kini mencatat kemajuan fizikal sebanyak 38.2 peratus setakat April lalu.

Menurut beliau, beberapa penyesuaian turut dilakukan termasuk jajaran Laluan Merah yang direka semula menjadi struktur bertingkat sepenuhnya bagi meningkatkan kecekapan operasi dan kebolehpercayaan rangkaian.

Beliau berkata, pembangunan loji pengeluaran hidrogen Rembus turut dimasukkan di bawah skop projek KUTS dengan Sarawak Metro akan mengendalikan pengeluaran hidrogen secara dalaman.

Katanya, pendekatan Sarawak dalam pembangunan pengangkutan hijau kini mula mendapat perhatian negeri-negeri lain.

“Sejak 2023, lima negeri termasuk Selangor, Pulau Pinang, Johor, Perak dan Melaka telah datang melihat sendiri teknologi ART Sarawak,” katanya.

Tambah beliau, Kerajaan Persekutuan juga baru-baru ini mengumumkan cadangan pembangunan sistem ART di Johor Bahru bernilai lebih RM10 bilion.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: DUN: Persoal ketelusan FWTA, Violet Yong tuntut kerajaan dedah aliran kutipan RM200 juta
Next: DUN: Tanjung Embang bakal jadi hab penerbangan, logistik serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.