Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Enggang ‘bertandang’ ke BBP Lutong
  • Utara
  • WILAYAH

Enggang ‘bertandang’ ke BBP Lutong

Utusan Sarawak 6 hours ago
CURI TUMPUAN… Kehadiran seekor burung enggang yang mengetuk tingkap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong mencetuskan rasa teruja dalam kalangan anggota bertugas, hari ini. Foto BBP Lutong

MIRI: Suasana rutin pagi di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong hari ini bertukar gamat apabila seekor burung enggang muncul dan mengetuk tingkap balai, sekali gus mencetuskan rasa teruja dalam kalangan anggota bertugas.

Ketua BBP Lutong, Henry Jugah berkata, kehadiran burung ikonik Sarawak sekitar 10.30 pagi itu sempat dirakam anggota menggunakan telefon bimbit.

“Burung enggang ini pernah beberapa kali datang ke balai sebelum ini, namun kali ini gelagatnya lebih mencuri perhatian apabila ia berulang kali mengetuk cermin tingkap menggunakan paruhnya,” katanya.

Selepas beberapa minit, burung berkenaan terbang meninggalkan kawasan, namun kehadirannya cukup meninggalkan kenangan manis buat warga BBP Lutong.

Henry berharap kehadiran burung itu memberi petanda baik  kepada BBP Lutong lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan Hari Gawai yang bakal tiba.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Iguana sesat masuk rumah di Tudan berjaya ditangkap bomba
Next: Warga emas hilang selepas hadiri pengebumian di Kampung Koran Bari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.