Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: 5,427 kes vandalisme utiliti, telekomunikasi rugikan Sarawak RM42 juta
  • TEMPATAN

DUN: 5,427 kes vandalisme utiliti, telekomunikasi rugikan Sarawak RM42 juta

Utusan Sarawak 4 hours ago
 DATO Sri Julaihi Narawi bercakap pada sidang media di bilik media DUN, Petra Jaya.

PETRA JAYA: Sebanyak 5,427 kes vandalisme melibatkan kemudahan utiliti dan telekomunikasi direkodkan di Sarawak sepanjang tempoh 2023 hingga 2025 dengan anggaran kerugian mencecah RM42 juta.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,562 kes direkodkan pada 2025 sahaja melibatkan kecurian serta kerosakan peralatan seperti kabel, transformer, tiang elektrik dan paip air.

“Kegiatan vandalisme kekal menjadi antara cabaran utama kementerian serta agensi di bawahnya kerana memberi kesan besar terhadap bekalan elektrik, air dan telekomunikasi termasuk internet.

“Walaupun kabel elektrik dan telekomunikasi kelihatan kecil, tindakan tidak bertanggungjawab memotong kabel ini memberi impak besar kepada bekalan utiliti dan menyusahkan penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Tambah beliau, kebanyakan pelaku vandalisme dikenal pasti terdiri daripada golongan belia yang tidak terurus dan tiada arah tujuan hidup.

“Sehubungan itu, saya menggesa pihak berkaitan supaya melaksanakan lebih banyak program intervensi bagi membendung penglibatan golongan belia dalam kegiatan berkenaan.

“Dalam sesetengah keadaan, kerosakan akibat vandalisme mengambil masa lama untuk dipulihkan sehingga menjejaskan aktiviti harian orang awam serta mencetuskan pelbagai aduan terhadap kerajaan dan agensi berkaitan,” jelasnya.

Beliau mengulas lanjut, bagi menangani masalah itu, Jawatankuasa Anti-Vandalisme yang ditubuhkan kementerian telah melaksanakan beberapa langkah pencegahan termasuk memperkukuh sistem keselamatan di tapak telekomunikasi.

“Antaranya menaik taraf pagar perimeter kepada tembok bata dengan pagar jejaring dawai, menggantikan pintu kepada solid galvanised steel serta memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem pemantauan keselamatan 24 jam menggunakan teknologi pengecaman wajah.

“Selain itu, menara SMART turut dilengkapi siren amaran automatik yang akan diaktifkan sekiranya berlaku pencerobohan atau aktiviti mencurigakan di kawasan tapak,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau berkata kementeriannya turut mewujudkan WhatsApp Group Sarawak bagi setiap perkhidmatan bekalan air, elektrik, gas dan telekomunikasi sejak lebih empat tahun lalu sebagai langkah lebih proaktif menangani aduan rakyat.

“Semua aduan yang diterima melalui platform itu akan diberi maklum balas segera dan tindakan susulan dipantau secara masa sebenar.

“Kumpulan WhatsApp tersebut melibatkan pelbagai pihak termasuk menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, pegawai daerah, residen serta ketua agensi berkaitan bagi memastikan isu utiliti dan telekomunikasi dapat ditangani dengan lebih pantas dan berkesan,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: DUN: Gangguan internet jejas pembayaran BUDI95 di Asajaya
Next: DUN: Elaun ahli MAIS diganda, KMKK naik RM400 mulai 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.