Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Gangguan internet jejas pembayaran BUDI95 di Asajaya
  • TEMPATAN

DUN: Gangguan internet jejas pembayaran BUDI95 di Asajaya

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi bercakap pada sidang media di bilik media DUN, Petra Jaya, hari ini.

PETRA JAYA: Gangguan rangkaian internet di sebuah stesen minyak di Asajaya menyebabkan urusan pembayaran subsidi BUDI95 tergendala, sekali gus menyukarkan pengguna membeli petrol menggunakan sistem berkenaan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, hasil semakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama penyedia perkhidmatan mendapati premis stesen minyak terbabit bergantung sepenuhnya kepada rangkaian mudah alih 4G bagi menjalankan transaksi pembelian petrol bersubsidi.

“Kaedah tersebut tidak menepati amalan terbaik bagi urusan transaksi atas talian yang kritikal seperti BUDI95 kerana penggunaan rangkaian mudah alih semata-mata lebih terdedah kepada gangguan perkhidmatan.

“Bagi transaksi kritikal seperti penggunaan BUDI95, perkhidmatan rangkaian talian tetap menggunakan gentian optik seperti Unifi sepatutnya dijadikan talian utama, manakala rangkaian mudah alih berfungsi sebagai sistem sandaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Tambah beliau, gangguan internet yang berlaku di Bahagian Samarahan sebelum ini berpunca daripada kabel gentian optik yang terputus akibat kerja pihak ketiga selain aktiviti gangguan bekalan elektrik berjadual bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek pembangunan di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata liputan internet di kawasan berpenempatan di Sarawak kini telah mencapai 94.5 peratus hasil pelaksanaan projek menara telekomunikasi SMART dan JENDELA Fasa 1 yang siap sepenuhnya pada penghujung tahun lalu.

“Bagaimanapun isu berkaitan kualiti dan kestabilan perkhidmatan masih berlaku di beberapa kawasan.

“Lawatan MCMC Sarawak bersama Ahli Parlimen Samarahan, Datuk Rubiah Wang ke beberapa kawasan pada 8 Mei lalu turut mendapati terdapat pemasangan peranti komunikasi tidak sah yang menyumbang kepada gangguan isyarat liputan mudah alih serta menjejaskan kualiti panggilan dan prestasi internet,” jelasnya.

Sehubungan itu, SACOFA kini melaksanakan langkah pemulihan rangkaian bersasar dan inisiatif penambahbaikan rangkaian bagi meningkatkan kestabilan serta kebolehpercayaan perkhidmatan internet di seluruh Sarawak.

Katanya, penyedia perkhidmatan turut disaran memperkukuh sistem bekalan kuasa sandaran bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dapat dikekalkan ketika berlaku gangguan.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak jimat RM52 juta setahun guna solar, bukan diesel melalui SARES
Next: DUN: 5,427 kes vandalisme utiliti, telekomunikasi rugikan Sarawak RM42 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.