Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Sarawak jimat RM52 juta setahun guna solar, bukan diesel melalui SARES
  • TEMPATAN

DUN: Sarawak jimat RM52 juta setahun guna solar, bukan diesel melalui SARES

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATO Sri Julaihi Narawi. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak menjimat kos sebanyak RM52 juta setahun kerana menggunakan tenaga solar untuk projek Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES).

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata projek SARES menyediakan elektrik 24 jam menggunakan solar dan bateri tanpa diesel.

“Projek ini melibatkan 553 kampung dan rumah panjang dengan 15,200 isi rumah. Kerajaan menjimatkan sekitar RM52 juta setahun melalui penggunaan tenaga solar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Julaihi berkata, projek SARES yang diperkenalkan pada 2016 adalah inisiatif kerajaan untuk memperluaskan bekalan elektrik 24-jam ke kawasan luar bandar tanpa akses kepada grid elektrik.

Selain itu katanya, kerajaan Sarawak telah menyediakan peruntukan sebanyak RM2.7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) dan Pembiayaan Alternatif (sejak 2018) untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik di luar bandar yang melibatkan 216 projek.

Daripada jumlah tersebut, 184 projek (85.2 peratus) telah siap sepenuhnya dan memberi faedah kepada hampir 60,000 isi rumah, manakala baki 32 projek (14.8 peratus) sedang dalam
pelbagai peringkat pelaksanaan.

“Selain itu, sebanyak RM40.5 juta telah diperuntukkan untuk 2026 di bawah RMKe-13 bagi meneruskan pelaksanaan beberapa projek bekalan elektrik luar bandar termasuk ALAF (Dana Permohonan Lewat dan Tambahan) sambungan SARES ke grid, penggantian bateri dan naik taraf bekalan elektrik.

“Kerajaan Sarawak telah menyediakan peruntukan sebanyak RM315 juta bagi melaksanakan projek ALAF dari fasa 1 hingga fasa 4 yang melibatkan 21,073 isi rumah.

“Sebanyak 20,567 isi rumah atau 97.6 peratus telah siap dilaksanakan manakala bakinya sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan,” katanya.

Julaihi berkata untuk meneruskan projek ALAF Fasa 5, kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM120 juta untuk membekalkan elektrik kepada anggaran 5,000 pemohon baharu
di seluruh Sarawak.

Katanya, permohonan yang tidak sempat dilaksanakan dalam Fasa 4, akan disambung pelaksanaannya dalam Fasa 5 dan seterusnya.

Continue Reading

Previous: STA rayu kekalkan fi pembaharuan pekerja asing RM904
Next: DUN: Gangguan internet jejas pembayaran BUDI95 di Asajaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.