Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • STA rayu kekalkan fi pembaharuan pekerja asing RM904
  • TEMPATAN

STA rayu kekalkan fi pembaharuan pekerja asing RM904

Utusan Sarawak 7 hours ago

KUCHING: Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) merayu kerajaan negeri agar mengekalkan kadar fi pembaharuan lesen buruh pekerja asing pada RM904 susulan tekanan kos yang semakin meningkat dalam industri kayu kayan negeri ini.

Pengerusinya, Dato Dr Henry Lau Lee Kong berkata, industri berkenaan kini berdepan pelbagai cabaran termasuk ketidaktentuan ekonomi global, krisis di Asia Barat serta kenaikan harga bahan api yang memberi kesan langsung kepada kos operasi dan pengangkutan sektor tersebut.

Menurut beliau, STA memohon campur tangan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg supaya tidak meneruskan cadangan kenaikan fi pembaharuan lesen buruh pekerja asing daripada RM904 kepada RM1,484 bermula 1 Jun 2026 dan seterusnya RM1,854 mulai 1 Januari 2027.

Katanya, sebarang kenaikan ketika ini hanya akan menambah beban kepada industri yang sedang berhadapan tekanan kos yang ketara.

Beliau berkata, industri kayu kayan juga kini menanggung kos tambahan yang tinggi menerusi pelaksanaan Pendekatan Transformasi Pekerja Asing (FWTA) sejak 15 Januari 2025 yang melibatkan kos RM1,854 bagi setiap pekerja atau RM2,002.32 termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Selain itu katanya, sistem baharu tersebut turut mengenakan kos latihan kira-kira RM2,000 bagi setiap peserta.

“FWTA masih berada pada peringkat awal pelaksanaan dan penambahbaikan berterusan masih dijalankan.

“Oleh itu, latihan dan panduan pelaksanaan sepatutnya diberikan secara percuma bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar serta pematuhan dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.

Henry berkata, beban kos terkumpul itu kini semakin menjejaskan margin keuntungan syarikat serta daya saing industri kayu kayan Sarawak.

Sehubungan itu katanya, STA menegaskan fi pembaharuan lesen buruh pekerja asing wajar dikekalkan pada kadar RM904 sebagai langkah penting bagi memastikan kestabilan kos dan kelangsungan industri berkenaan.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: DUN: Isu bas sekolah cetus perdebatan antara Roland Sagah, Chong
Next: DUN: Sarawak jimat RM52 juta setahun guna solar, bukan diesel melalui SARES

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.