Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Kerajaan Pusat serah semua projek bekalan air luar bandar dibiayainya kepada Sarawak
  • SEMASA

DUN: Kerajaan Pusat serah semua projek bekalan air luar bandar dibiayainya kepada Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi ketika menggulung perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Semua projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sarawak yang dibiayai Kerajaan Persekutuan kini sudah diserahkan kepada Kerajaan Sarawak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata keputusan itu dibuat Kabinet Persekutuan pada 17 Mac lepas.

“Kerajaan Sarawak menyambut baik keputusan ini dan yakin dengan kemampuan kementerian ini melalui agensi pelaksana, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) untuk melaksanakan projek-projek berimpak tinggi ini dengan segera demi kesejahteraan rakyat Sarawak.

“Keyakinan ini berasaskan pengiktirafan JBALB sebagai jabatan teknik yang memiliki kepakaran teknikal dan profesional, pengalaman luas serta komitmen tinggi dalam membangunkan sektor bekalan air di Sarawak.

“Bagi mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut, kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan kini sedang meneliti serta menyelaras prosedur dan proses sedia ada untuk menangani karenah birokrasi.

“Langkah ini penting supaya penyerahan pelaksanaan projek bukan sekadar ‘pindah rumah’ tetapi turut disertai dengan penambahbaikan dari segi tatacara kelulusan dan pelaksanaan agar proses menjadi lebih cekap, fleksibel dan berkesan,” katanya ketika menggulung perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Sehubungan itu, kata Julaihi, penyerahan projek BALB yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3.47 bilion seperti yang telah dipersetujui sewajarnya disertai dengan kuasa pelaksanaan penuh kepada kerajaan Sarawak melalui agensi pelaksana JBALB supaya keputusan teknikal, prosedur kewangan dan pelaksanaan dapat dibuat mengikut keperluan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Umat Islam di Indonesia, Singapura sambut Aidiladha 27 Mei, Thailand 28 Mei
Next: Ketua polis daerah di Sarawak disiasat dakwaan gangguan seksual

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.