Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Empat mangsa cedera dalam kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo Saratok
  • KEMALANGAN

Empat mangsa cedera dalam kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo Saratok

Utusan Sarawak 9 hours ago
KEMALANGAN kendiri yang berlaku di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Saratok, hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak.

SARATOK: Empat individu termasuk seorang remaja berdepan detik cemas selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Saratok, petang tadi.

​Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 3.53 petang.

Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok bersama sebuah jentera penyelamat dan pemadam kebakaran (FRT) dan unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) telah dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sekitar tiga kilometer dari balai.

​Menurut Komander Operasi, PBK Ghazali Shaffiee, kesemua mangsa bagaimanapun telah berjaya keluar dari kenderaan tersebut dengan bantuan orang awam sebelum pihak bomba tiba di tempat kejadian.

​”Kemalangan melibatkan sebuah Toyota Hilux. Tiada operasi penyelamatan (mengeluarkan mangsa yang tersepit) dijalankan kerana kesemua mangsa sudah berada di luar kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

​Insiden tersebut melibatkan seorang lelaki dewasa, dua wanita dewasa, dan seorang remaja lelaki.

​Dua mangsa wanita dilaporkan mengalami kecederaan berat dan telah diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan kecemasan lanjut. 

Manakala, dua lagi mangsa lelaki yang hanya mengalami kecederaan ringan dibawa ke hospital berhampiran menggunakan jentera EMRS bomba bagi mendapatkan rawatan.

​Pasukan bomba kemudiannya melakukan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan di lokasi bagi memastikan laluan tersebut selamat untuk pengguna jalan raya yang lain.

​Operasi yang turut dibantu oleh anggota polis dan KKM itu terkawal pada 4.11 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada 4.44 petang selepas dipastikan keadaan benar-benar selamat.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki mati mengejut di bilik sewa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.