12 penumpang cedera dalam insiden kereta api tergelincir di Sri Lanka

Facebook
WhatsApp
KERETA api tergelincir antara Wanawasala dan Hunupitiya, 12 penumpang cedera. Foto AGENSI

COLOMBO: Seramai 12 penumpang cedera selepas sebuah kereta api tergelincir di barat Sri Lanka pada pagi Sabtu, kata polis, lapor Xinhua.

Jurucakap polis F.U. Wootler berkata sebuah gerabak terbalik selepas kereta api itu tergelincir antara Wanawasala dan Hunupitiya di Wilayah Barat.

Menurut beliau, penumpang yang cedera dihantar ke hospital berhampiran lokasi kejadian, manakala seorang mangsa dipindahkan ke Hospital Nasional Colombo untuk rawatan lanjut.- Bernama-Xinhua