Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lapan motosikal disita dalam Op Bersepadu BSPT di Asajaya
  • Selatan
  • WILAYAH

Lapan motosikal disita dalam Op Bersepadu BSPT di Asajaya

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGGOTA BSPT IPD Kota Samarahan menjalankan pemeriksaan motosikal dalam Op Bersepadu Dalaman di kawasan SMK Asajaya, semalam. Operasi tersebut menyaksikan lapan motosikal disita atas pelbagai kesalahan lalu lintas. 

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak lapan motosikal disita dalam Op Bersepadu Dalaman yang dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asajaya, semalam.

Operasi bermula dari 11.00 pagi hingga 2.00 petang itu diketuai seorang pegawai bersama tujuh anggota BSPT dengan bantuan dua anggota Balai Polis Asajaya.

BSPT IPD Kota Samarahan dalam kenyataan berkata, sebanyak 51 motosikal dan 66 individu telah diperiksa sepanjang operasi dijalankan.

“Daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 38 keping saman PDRM (K) 257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Selain itu, lapan motosikal turut disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pematuhan undang-undang jalan raya khususnya dalam kalangan pelajar.

Katanya, langkah itu juga bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa berada pada tahap terbaik.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lebih 5,000 peserta meriahkan perarakan Niti Daun sempena Gawai Dayak Bintulu 2026
Next: Jasa guru terus mekar dalam hati anak didik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.