Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 5,000 peserta meriahkan perarakan Niti Daun sempena Gawai Dayak Bintulu 2026
  • Utara
  • WILAYAH

Lebih 5,000 peserta meriahkan perarakan Niti Daun sempena Gawai Dayak Bintulu 2026

Utusan Sarawak 10 hours ago
TAHNIAH kontinjen Lembaga Kemajuan Bintulu, juara Perarakan Niti Daun Gawai Dayak Bintulu 2026.

BINTULU: Lebih 5,000 peserta membanjiri Bintulu Esplanade pagi tadi bagi memeriahkan Perarakan Niti Daun sempena Sambutan Hari Gawai Dayak Peringkat Daerah Bintulu 2026 yang melibatkan penyertaan sebanyak 73 kontinjen dari pelbagai agensi, persatuan serta komuniti setempat.

Program tahunan itu menyaksikan setiap kontinjen menampilkan kepelbagaian budaya masyarakat Dayak melalui pakaian tradisional, sepanduk serta persembahan kebudayaan yang menjadi tumpuan sepanjang perarakan berlangsung.

SIMBOLIK… Tujuh kali paluan gong menjadi simbolik pelepasan 73 kontinjen sebelum perarakan bermula.

Dalam pertandingan perarakan tersebut, kontinjen Lembaga Kemajuan Bintulu dinobatkan sebagai juara, diikuti KEBANA di tempat kedua manakala tempat ketiga menjadi milik Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu.

PPD Bintulu mencatat penyertaan paling ramai apabila menghantar seramai 352 peserta, manakala Lembaga Kemajuan Bintulu merekodkan 200 peserta.

MIRING… Upacara miring disaksikan tetamu kenamaan yang berlangsung pagi tadi.

Acara yang bermula seawal 6.00 pagi itu dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu dengan kerjasama Persatuan SADIA sempena sambutan Hari Gawai Dayak peringkat daerah tahun ini.

Persembahan gendang pampat oleh Persatuan SADIA turut memeriahkan program dan menjadi antara pengisian utama sepanjang acara berlangsung.

GENDANG PAMPAT… Aksi kumpulan gendang pampat dari Persatuan SADIA yang menceriakan suasana Perarakan Niti Daun Gawai Dayak Bintulu 2026.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Pelabuhan) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Datuk Majang Renggi.

Antara pengisian program termasuk persembahan gendang pampat, upacara miring, pelepasan kontinjen Niti Daun Mantar Gawai Dayak serta sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.

RAKAM KENANGAN… Datuk Majang Renggi bersama lebih 5,000 peserta Perarakan Niti Daun pagi tadi.

Sepanjang program berlangsung, keadaan adalah terkawal dengan kerjasama pihak keselamatan dan petugas bagi memastikan kelancaran pergerakan kontinjen dan peserta.

Niti Daun Mantar Gawai Dayak merupakan acara tradisi tahunan yang menjadi simbol kesyukuran serta usaha memelihara adat dan budaya masyarakat Dayak di Sarawak.

Program ini juga bertujuan mengeratkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum serta memperkenalkan keunikan budaya etnik Dayak kepada generasi muda di daerah ini.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pra-Gawai satukan komuniti, erat hubungan masyarakat di Sibujaya
Next: Lapan motosikal disita dalam Op Bersepadu BSPT di Asajaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.