Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • EIC Connect Energy Borneo 2027 perkukuh peranan Sarawak sebagai hab tenaga serantau
  • TEMPATAN

EIC Connect Energy Borneo 2027 perkukuh peranan Sarawak sebagai hab tenaga serantau

Utusan Sarawak 11 hours ago
 TIMBALAN Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni bergambar bersama Pengarah Serantau Asia Pasifik Majlis Industri Tenaga (EIC), Syed Saggaf, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan EIC, Awang Muawaludin, Pengasas Bersama dan Pengarah Place Borneo, Gracie Geikie serta Pengurus EIC, Nayli Yusrina sempena pengumuman EIC Connect Energy Borneo 2027 di Kuching.

KUCHING: EIC Connect Energy Borneo 2027 dijangka muncul sebagai antara platform serantau utama ASEAN yang memfokuskan kepada keselamatan tenaga, pertumbuhan industri dan peralihan mampan di Borneo serta rantau Asia Tenggara.

Majlis Industri Tenaga (EIC) dalam satu kenyataan berkata, program itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 3 hingga 4 Februari 2027 dengan tema ‘Memperkasa Borneo: Menjamin Keselamatan Tenaga, Memacu Peralihan’.

Menurut kenyataan itu, acara berkenaan mendapat sokongan Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar serta Business Events Sarawak.

“EIC Connect Energy Borneo 2027 bakal menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pembuat dasar, pelabur, penyedia teknologi, ahli akademik, syarikat perkhidmatan dan pemain industri bagi membincangkan kerjasama berkaitan masa depan tenaga di ASEAN,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Platform tersebut turut memberi tumpuan kepada strategi tenaga seimbang yang menyokong pembangunan ekonomi selain mempercepat usaha penyahkarbonan menerusi pendekatan praktikal dan berdaya komersial.

Pelbagai program akan diadakan sepanjang acara termasuk forum kepimpinan pleno, sesi panel teknikal, pembentangan kertas pembangunan, sesi dialog santai, pameran antarabangsa, jaringan perniagaan serta pameran kerjaya berkaitan pembangunan bakat dan kesiapsiagaan tenaga kerja.

Antara topik utama yang akan dibincangkan ialah gas asli cecair (LNG), hidrogen, penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), kesalinghubungan grid kuasa, integrasi tenaga boleh diperbaharui, pendigitalan, penggunaan kecerdasan buatan (AI), infrastruktur mampan serta kerjasama tenaga serantau.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, penganjuran program itu mencerminkan komitmen Sarawak untuk memperkukuh kedudukannya sebagai hab tenaga serantau.

“Sarawak komited memperkukuh kerjasama serantau dan mempercepat pembangunan tenaga mampan yang mengimbangi pertumbuhan ekonomi, keselamatan tenaga dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

“Platform seperti EIC Connect Energy Borneo 2027 penting dalam memupuk kerjasama strategik, pertukaran teknologi dan dialog bermakna bagi membantu membentuk masa depan tenaga ASEAN,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Serantau Asia Pasifik EIC, Syed Saggaf berkata, program tersebut bukan hanya tertumpu kepada peralihan tenaga tetapi turut memberi penekanan kepada daya saing dan daya tahan rantau ini.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kesedaran kesihatan dorong lelaki dewasa pilih prosedur berkhatan
Next: GPS penentu kestabilan politik negara – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.