Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan komited angkat martabat profesion perguruan, perkukuh agenda pendidik – Fadillah
  • NASIONAL

Kerajaan komited angkat martabat profesion perguruan, perkukuh agenda pendidik – Fadillah

Utusan Sarawak 12 hours ago
GURU bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi nadi pembentukan masa depan negara. Selamat Hari Guru 2026.

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus komited dalam memartabatkan profesion perguruan serta memastikan warga pendidik mendapat sokongan sewajarnya dalam melaksanakan amanah mendidik generasi MADANI, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menerusi ucapan sempena Sambutan Hari Guru 2026 di Facebook hari ini, beliau berkata peranan guru kini telah berevolusi dan jauh menjangkaui tugas hakiki sebagai penyampai ilmu di dalam bilik darjah.

“Sambutan Hari Guru yang bertemakan ‘Guru Bitara, Nadi Negara’ ini amat besar maknanya kerana guru bukan sekadar penyampai ilmu di dalam bilik darjah, malah pendidik unggul yang membentuk masa depan bangsa dan menjadi penggerak utama kemajuan negara.

“Di tangan gurulah lahirnya generasi berilmu, berakhlak mulia, berfikiran kritis serta mampu bersaing di peringkat global,” katanya dalam hantaran itu.

Memetik kata-kata bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela bahawa “pendidikan ialah senjata paling ampuh untuk mengubah dunia”, Fadillah berkata kerajaan juga akan terus memperkukuh agenda pendidikan negara.

“Kita mahu melahirkan anak-anak Malaysia yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mempunyai sahsiah terpuji, semangat patriotik dan daya saing yang tinggi demi Malaysia yang gemilang,” katanya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru di Malaysia atas jasa, pengorbanan dan komitmen dicurahkan demi masa depan anak bangsa serta negara. – Bernama

Continue Reading

Previous: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Guru
Next: i-Legasi KWSP bantu ringankan beban generasi sandwic 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.