Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kesedaran kesihatan dorong lelaki dewasa pilih prosedur berkhatan
  • KESIHATAN
  • TEMPATAN

Kesedaran kesihatan dorong lelaki dewasa pilih prosedur berkhatan

Utusan Sarawak 15 hours ago
PENGASAS Premier Clinic, Dr Chen Tai Ho menjelaskan prosedur berkhatan ketika sesi perkongsian kesedaran kesihatan yang mendorong lelaki dewasa memilih untuk berkhatan di Bangsar Premier Clinic baru-baru ini. Menurut beliau, dari sudut perubatan, prosedur bersunat mempunyai manfaat dari aspek kebersihan dan kesihatan, termasuk membantu mengurangkan risiko jangkitan di bahagian intim. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Amalan berkhatan atau bersunat lazimnya dikaitkan dengan kanak-kanak lelaki beragama Islam sebagai sebahagian daripada tuntutan agama dan penjagaan kebersihan sejak usia muda.

Namun, persepsi terhadap prosedur itu semakin berubah apabila tidak lagi dilihat sekadar tradisi, sebaliknya turut dipertimbangkan oleh lelaki dewasa atas faktor kesihatan, kebersihan dan keselesaan diri.

Seiring peningkatan kesedaran terhadap penjagaan diri, isu kesihatan intim lelaki juga semakin terbuka untuk dibincangkan dalam kalangan masyarakat moden.

Doktor perubatan estetik Dr Chen Tai Ho berkata trend itu bukan sahaja mula mendapat tempat di Malaysia, malah turut dilihat di beberapa negara Asia lain seperti Korea Selatan dan Filipina, apabila prosedur berkhatan semakin dianggap sebagai sebahagian daripada amalan kesihatan dan gaya hidup.

Menurut beliau, dari sudut perubatan, prosedur bersunat mempunyai manfaat daripada aspek kebersihan dan kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko jangkitan pada bahagian intim.

DOKTOR Estetik Kanan Premier Clinic, Dr Nigel Ong Tat Wai menjelaskan prosedur berkhatan ketika sesi perkongsian kesedaran kesihatan yang mendorong lelaki dewasa memilih untuk berkhatan di Bangsar Premier Clinic baru-baru ini. Kini, persepsi terhadap prosedur itu semakin berubah kerana ia tidak lagi dilihat sekadar amalan tradisi, sebaliknya turut menjadi pilihan lelaki dewasa atas faktor kesihatan, kebersihan dan keselesaan diri. Foto BERNAMA

“Namun begitu, masih ramai lelaki dewasa yang menangguhkan rawatan walaupun menyedari manfaat tersebut. Antara sebab utama ialah rasa takut, persepsi terhadap kesakitan serta kebimbangan mengenai tempoh pemulihan yang dianggap boleh mengganggu kerja dan rutin harian.

“Ada yang beranggapan apabila sudah dewasa, proses penyembuhan akan menjadi lebih lambat. Mereka juga takut berasa sakit dan bimbang tidak dapat bekerja seperti biasa,” katanya kepada Bernama pada taklimat media di Premier Clinic baru-baru ini.

Beliau berkata satu lagi faktor yang sering menjadi penghalang ialah kurangnya pendedahan terhadap kaedah moden yang kini lebih cepat dan kurang invasif berbanding kaedah tradisional.

Menurutnya, teknologi seperti stapler circumcision atau ZSR yang mula digunakannya pada 2018 membantu menjadikan prosedur lebih ringkas, dengan kurang pendarahan serta tidak memerlukan jahitan.

“Apabila kita terangkan mengenai pilihan moden ini, ramai sebenarnya baru tahu dan menjadi lebih yakin untuk membuat keputusan,” katanya.

Bagi Jonathan Chong, 39, beliau mengambil masa agak lama sebelum membuat keputusan menjalani prosedur tersebut, antaranya disebabkan pengalaman rakan-rakan yang membentuk persepsi negatif terhadap proses berkhatan.

“Kalau ikut cerita kawan-kawan, ramai kata proses tradisional mengambil masa lama untuk sembuh dan agak menyakitkan,” katanya.

Namun, faktor kebersihan akhirnya menjadi titik perubahan terutama apabila gaya hidup aktif serta tuntutan kerja dan perjalanan kadangkala menyukarkan penjagaan diri secara konsisten.

“Bila kerap travel, kadang-kadang sukar untuk menjaga kebersihan dengan baik dan menyebabkan iritasi. Dari situ saya rasa penting untuk selesaikan perkara ini,” katanya.

Selepas mengetahui mengenai kaedah moden menggunakan teknologi ZSR yang menawarkan proses pemulihan lebih cepat dan lebih selesa, Chong akhirnya membuat keputusan untuk menjalani prosedur berkenaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ketua Pemuda SUPP Batu Kitang sangkal dakwaan Soo Tien Ren kaitan ADUN dengan individu SOSMA
Next: EIC Connect Energy Borneo 2027 perkukuh peranan Sarawak sebagai hab tenaga serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.