Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pra-Gawai satukan komuniti, erat hubungan masyarakat di Sibujaya
  • Tengah
  • WILAYAH

Pra-Gawai satukan komuniti, erat hubungan masyarakat di Sibujaya

Utusan Sarawak 15 hours ago
UNTUK ALBUM…Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai (tujuh dari kiri) merakam kenangan bersama tetamu tang hadir pada Majlis Makan Malam Pra Gawai Sibujaya 2026 anjuran Amcorp Sibujaya Sdn Bhd.

SIBU: Sambutan Pra-Gawai memainkan peranan penting dalam menyatukan komuniti dan mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum menerusi penghayatan budaya serta semangat kebersamaan.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai berkata, penganjuran sambutan itu mencerminkan keunikan masyarakat Sarawak yang hidup dalam suasana harmoni walaupun berbeza latar belakang budaya dan adat resam.

“Program sebegini perlu diteruskan kerana mampu menjadi platform memperkukuh hubungan silaturahim serta memupuk semangat kekeluargaan dalam kalangan penduduk.

UNTUK ALBUM…Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai (tujuh dari kiri) merakam kenangan bersama tetamu tang hadir pada Majlis Makan Malam Pra Gawai Sibujaya 2026 anjuran Amcorp Sibujaya Sdn Bhd.

“Pra Gawai bukan sekadar menyambut perayaan, tetapi ia melambangkan hubungan erat antara masyarakat. Inilah nilai paling penting yang perlu terus dipelihara di Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pra Gawai Sibujaya 2026 di Pusat Belia Sibujaya di sini, semalam.

Menurut beliau, sambutan yang mendapat penyertaan pelbagai kaum itu turut memperlihatkan budaya saling menghormati dan bekerjasama yang menjadi asas keharmonian masyarakat di negeri ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata pembangunan pesat Sibujaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadikan kawasan berkenaan semakin berkembang sebagai pusat penempatan dan komuniti yang aktif di Sibu.

Turut hadir pada majlis itu, Pengurus Kanan Amcorp SibuJaya Sdn Bhd, Nur Baiti Badar.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: R&R Jelukong mula beroperasi, pacu ekonomi setempat
Next: Lebih 5,000 peserta meriahkan perarakan Niti Daun sempena Gawai Dayak Bintulu 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.