Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 24 lelaki ditahan dalam operasi membanteras dadah di Padawan
  • JENAYAH

24 lelaki ditahan dalam operasi membanteras dadah di Padawan

Utusan Sarawak 9 hours ago
DITAHAN… Polis menahan 24 individu dalam Operasi Tapis Khas bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah di sekitar Padawan, baru-baru ini. Foto IPD Padawan

KUCHING: Polis menahan 24 lelaki dalam Operasi Tapis Khas bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah di sekitar Padawan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata operasi tersebut dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.

Menurut beliau, tindakan penguatkuasaan tertumpu kepada kes bekalan dadah, pemilikan dadah serta penyalahgunaan dadah melalui ujian saringan air kencing.

“Daripada jumlah tangkapan tersebut, enam individu disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan bekalan dadah.

“Enam lagi disiasat di bawah Seksyen 12(3) akta sama kerana memiliki dadah, manakala 12 individu ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) selepas didapati positif dadah melalui ujian saringan air kencing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam operasi tersebut, polis turut merampas 12.75 gram syabu serta dua biji pil Erimin 5 dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM1,315.

Mohd Irwan berkata pihak polis akan terus mempergiat operasi dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan kegiatan penyalahgunaan serta pengedaran dadah dapat dibanteras demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan diberkas bersama dadah di Kuching
Next: 16 warga asing ditahan dalam Ops Gegar, Ops Selera di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.