Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DAP kritik projek pembangunan GPS tetapi diam ketika projek Sarawak terjejas era PH
  • SEMASA

DAP kritik projek pembangunan GPS tetapi diam ketika projek Sarawak terjejas era PH

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATO Ir Lo Khere Chiang (GPS- Batu Kitang) bercakap pada sidang media di Bilik Media DUN, Petra Jaya, hari ini.

PETRA JAYA: Chong Chieng Jen (DAP-Padungan) disifatkan sering mengkritik Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan pemimpin Sarawak dalam isu pembangunan, namun berdiam diri terhadap beberapa keputusan Kerajaan Persekutuan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang didakwa menjejaskan projek di negeri ini.

Dato Ir Lo Khere Chiang (GPS- Batu Kitang) berkata, perkara itu termasuk isu berkaitan projek Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar yang dibangkitkan Chong pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

“Daripada jumlah RM950 juta yang dibangkitkan Chong, hanya sekitar RM500 juta sebenarnya pernah dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan ketika itu bagi projek IADA Batang Lupar dan jelapang padi di kawasan terbabit.

“ADUN Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang sebelum ini juga pernah menggesa Kerajaan Persekutuan mempercepat dan meneruskan pembiayaan projek berkenaan selepas ia terbantut susulan pertukaran Kerajaan Persekutuan pada 2018.

“Perkara ini turut dilaporkan dalam The Sarawak News pada 25 November 2023,” katanya pada sidang media di Bilik Media Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau mengulas lanjut, kawasan jelapang padi Batang Lupar melibatkan kira-kira 5,000 hektar merangkumi Entulang, Seduku, Grenjang, Tumbin, Tanjung Bijat, Lingga, Banting dan IADA Batang Lupar dengan infrastruktur asas seperti sistem pengairan dan stesen pam telah mula dibina ketika itu.

“Namun selepas PH mengambil alih Putrajaya pada 2018, aktiviti pembinaan dan pembiayaan pembangunan terhenti.

“Keadaan ini menyebabkan hanya sekitar 196 hektar kawasan dilaporkan diusahakan setakat 2023,” jelasnya.

Beliau turut mendakwa beberapa projek pembangunan lain di Sarawak turut terkesan ketika pentadbiran PH termasuk projek Lebuh Raya Pan Borneo, projek jambatan utama dan projek luar bandar.

“Antara projek yang terlinat ialah Jambatan Batang Lupar, Batang Rambungan, Batang Igan, Batang Lassa, Batang Paloh dan Batang Kemena.

“Selain itu, beberapa projek di kawasan Batu Kitang seperti Dewan Haji Baki, pusat penjaja dan kerja penambakan tanah perkuburan turut terjejas ketika tempoh tersebut,” tambahnya.

Jelasnya lagi, Sarawak kemudiannya meneruskan beberapa projek menggunakan dana negeri sendiri termasuk pembinaan jalan raya dan jambatan bagi memastikan pembangunan tidak terus tertangguh.

Beliau turut menggesa Chong membawa isu berkaitan janji dan peruntukan kepada Sarawak ke Parlimen termasuk mendapatkan penjelasan mengenai pembiayaan projek yang didakwa terhenti selepas pertukaran Kerajaan Persekutuan pada 2018.

“Daripada terus menyerang pemimpin Sarawak di dalam Dewan yang mulia ini, mungkin Chong patut bangun di Parlimen dan bertanya apa sebenarnya berlaku kepada janji-janji yang diberikan kepada Sarawak semasa era PH.

“Daripada sentiasa mempertahankan Kerajaan Persekutuan, untuk sekali ini utamakanlah kepentingan Sarawak,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir hampir seluruh negara hingga 9.00 malam
Next: MetMalaysia keluar amaran ribut petir hingga 1.00 pagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.