Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 727 kenderaan diperiksa dalam Ops Motosikal, Ops PEWA JPJ Kuching
  • JENAYAH

727 kenderaan diperiksa dalam Ops Motosikal, Ops PEWA JPJ Kuching

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANTARA motosikal dan kenderaan yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak dalam Ops Motosikal dan Ops Pemandu Warga Asing (PEWA) di sekitar bandar raya Kuching atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, semalam.

KUCHING: Sebanyak 727 kenderaan pelbagai jenis diperiksa dalam Ops Motosikal dan Ops Pemandu Warga Asing (PEWA) yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menerusi Unit Operasi JPJ Kuching, semalam.

Operasi penguatkuasaan itu dijalankan menerusi rondaan di sekitar bandar raya Kuching selain penguatkuasaan secara statik di Jalan Datuk Haji Daud Abdul Rahman.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dikesan antaranya tiada lesen memandu, tidak memakai tali pinggang keledar, lesen memandu tamat tempoh, membawa muatan secara berbahaya serta lain-lain kesalahan melibatkan aspek teknikal kenderaan.

“Dalam operasi yang sama, sebanyak lima motosikal dan tiga kereta telah disita atas kesalahan tiada lesen memandu melibatkan pemandu warga asing, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

“Semua kesalahan yang dikesan telah diambil tindakan sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JPJ Sarawak berkata pihaknya akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara berterusan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran undang-undang jalan raya.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 87 kenderaan diperiksa dalam Ops Bersepadu JPJ, IPD Betong
Next: 65 individu positif dadah, ketum ditahan AADK di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.