Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hampir 200,000 kanak-kanak Indonesia terdedah kepada judi dalam talian
  • GLOBAL

Hampir 200,000 kanak-kanak Indonesia terdedah kepada judi dalam talian

Utusan Sarawak 5 hours ago
JUDI dalam talian bukan sekadar isu jenayah, tetapi ancaman kepada keluarga dan masa depan kanak-kanak. Foto hiasan

JAKARTA: Hampir 200,000 kanak-kanak di Indonesia dikesan terdedah kepada aktiviti judi dalam talian, termasuk kira-kira 80,000 kanak-kanak di bawah usia 10 tahun.

Statistik membimbangkan itu mencetuskan kegusaran berhubung kesan sosial aktiviti haram berkenaan terhadap generasi muda di negara itu.

Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Meutya Hafid menyifatkan angka itu sebagai amaran serius buat masa depan kanak-kanak Indonesia dan menggesa kesedaran awam serta kerjasama rentas sektor diperkukuh bagi membanteras isu terbabit.

“Judi dalam talian adalah satu penipuan dengan sistem yang direka khusus bagi memastikan pemain hampir pasti akan kalah dalam jangka masa panjang,” katanya di Medan pada Khamis, memetik laporan Agensi Berita Antara.

Meutya berkata usaha menangani judi dalam talian tidak boleh bergantung semata-mata kepada tindakan menyekat akses dan penguatkuasaan undang-undang, sebaliknya perlu melibatkan literasi digital serta pendidikan yang lebih mantap di peringkat keluarga dan komuniti.

“Kami bukan sekadar menutup akses atau menurunkan kandungan. Perkara paling utama adalah menyampaikan fakta ini kepada masyarakat dengan meluas supaya kesedaran itu tumbuh daripada dalam keluarga dan komuniti sendiri,”kata beliau.

Menurut Meutya, Kementerian Komunikasi dan Digital terus giat menyekat laman sesawang serta kandungan judi dalam talian, namun menegaskan langkah penguatkuasaan itu perlu disokong menerusi kerjasama lebih erat melibatkan pihak polis, pihak berkuasa kewangan, bank serta platform digital.

Beliau turut menyeru tokoh agama, pemimpin masyarakat, komuniti dan keluarga untuk menjadi barisan pertahanan utama dalam mencegah penularan judi dalam talian di persekitaran mereka.

Menteri itu juga menarik perhatian mengenai peningkatan iklan judi dalam talian di platform media sosial seperti Instagram, Facebook, TikTok dan YouTube, sambil menambah bahawa kerajaan telah menggesa platform berkenaan supaya menurunkan kandungan berkaitan dengan lebih agresif.

“Judi dalam talian adalah dilarang di Indonesia. Semua pihak harus memikul tanggungjawab moral dan undang-undang yang sama,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Indonesia Rudianto Lallo yang menganggotai Suruhanjaya III Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) menyarankan agar kerajaan mengisytiharkan judi dalam talian sebagai musuh negara susulan perkembangan terbaharu itu.

Beliau berkata Presiden Prabowo Subianto juga telah menegaskan bahawa tiada tempat di Indonesia buat pelaku jenayah judi dalam talian.

Rudianto berkata tindakan polis terhadap 320 warga asing yang dikaitkan dengan sindiket judi dalam talian baru-baru ini perlu diteruskan bagi melumpuhkan rangkaian berkenaan sepenuhnya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 6.7 skala Richter gegar timur Indonesia
Next: PM baharu Iraq dan Kabinet separa angkat sumpah selepas kebuntuan jawatan utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.