Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • PM baharu Iraq dan Kabinet separa angkat sumpah selepas kebuntuan jawatan utama
  • GLOBAL

PM baharu Iraq dan Kabinet separa angkat sumpah selepas kebuntuan jawatan utama

Utusan Sarawak 4 hours ago
PM baharu Iraq dan Kabinet separa angkat sumpah selepas kebuntuan jawatan utama. Foto agensi.

BAGHDAD: Perdana Menteri baharu Iraq Ali al-Zaidi mengangkat sumpah pada Khamis bersama Kabinet separa selepas Ahli Parlimen gagal mencapai kata sepakat mengenai beberapa jawatan penting termasuk Kementerian Dalam Negeri dan Pertahanan, lapor Xinhua.

Parlimen meluluskan 14 anggota Kabinet al-Zaidi, manakala pengundian bagi portfolio selebihnya ditangguhkan susulan rundingan politik yang masih berlangsung.

Dalam sesi yang dipengerusikan oleh Speaker Parlimen Haibet al-Halbousi, seramai 266 Ahli Parlimen mengundi menyokong 14 menteri itu, menurut kenyataan parlimen.

Antara yang dipersetujui ialah Fuad Hussein yang mengekalkan jawatan sebagai Menteri Luar, Basim Mohammed Khudair sebagai Menteri Minyak dan Faleh al-Sari sebagai Menteri Kewangan.

Pengundian bagi kementerian penting lain termasuk portfolio Pertahanan dan Dalam Negeri ditangguhkan bagi memberi lebih masa untuk rundingan politik.

Selepas undi percaya itu, al-Zaidi bersama 14 menteri yang diluluskan mengangkat sumpah perlembagaan di hadapan parlimen.

Menurut perlembagaan Iraq, seorang Perdana Menteri perlu memperoleh kelulusan parlimen terhadap Kabinet dan program kerajaan sebelum secara rasmi memegang jawatan.

Pada 27 April lepas, Presiden Iraq Nizar Amedi menamakan al-Zaidi, calon daripada Kerangka Penyelarasan iaitu blok terbesar di parlimen serta gabungan parti-parti Syiah, sebagai Perdana Menteri yang dilantik.

Perlembagaan memberi tempoh 30 hari kepada Perdana Menteri yang dilantik untuk membentangkan senarai ahli Kabinet dan program kerajaan kepada parlimen bagi mendapatkan undi percaya.

Di bawah sistem perkongsian kuasa Iraq selepas tahun 2003, jawatan Presiden dipegang oleh seorang Kurdish, Speaker Parlimen oleh seorang Muslim Sunni dan Perdana Menteri oleh seorang Muslim Syiah. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Hampir 200,000 kanak-kanak Indonesia terdedah kepada judi dalam talian
Next: Ketua Rondaan Sempadan AS, Michael Banks letak jawatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.