Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PM Anwar umum peruntukan RM5 juta kepada MBM, perkasa pembangunan belia
  • NASIONAL

PM Anwar umum peruntukan RM5 juta kepada MBM, perkasa pembangunan belia

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan di X-Park Sendayan hari ini. Foto BERNAMA

SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi memperkasa peranan badan induk itu dalam memacu pembangunan golongan belia di negara ini.

Beliau berkata tambahan peruntukan sebanyak RM1 juta berbanding tahun lepas itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap peranan MBM sebagai penggerak utama agenda belia di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selain mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menyokong pelbagai program pembangunan golongan muda.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menyantuni belia pada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan ‘Menggerak Belia MADANI’ di X Park Sendayan hari ini. Turut sama Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari. Foto BERNAMA

“MBM…menggerakkan satu-satunya persatuan belia di bawah naungan KBS. Jadi tahun ini, saya setuju tambah jadi RM5 juta…tahun lepas RM4 juta,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun serta Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan di X-Park Sendayan hari ini. Foto BERNAMA

Sementara itu, Anwar berkata kerajaan juga menyediakan peruntukan Pembangunan Syiar Islam yang memanfaatkan 7,091 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), imam masjid kariah, guru takmir serta petugas masjid di Negeri Sembilan dengan keseluruhan implikasi kewangan berjumlah RM42.3 juta.

Selain itu, beliau berkata sokongan turut merangkumi institusi pendidikan Islam seperti pondok, maahad tahfiz, sekolah agama serta premis KAFA yang beroperasi di luar seliaan Kementerian Pendidikan (KPM), dengan peruntukan sebanyak RM5.4 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan pengukuhan institusi.

Dalam pada itu Anwar berkata sebanyak tiga projek diluluskan di Negeri Sembilan menerusi kerja pembaikan kecil di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU) bagi institusi pondok dan tahfiz.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama para belia yang hadir pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan di X-Park Sendayan hari ini. Foto BERNAMA

Projek tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM800,000 merangkumi kerja-kerja pembaikan infrastruktur asas di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Falah Kuala Sawah Rantau, Madrasah Az-Zaakiriin dan Pondok Pesantren Darul Tauhid.

Sementara itu dalam ucapannya, Perdana Menteri turut memuji kecekalan dan semangat Aminuddin dalam mengharungi kemelut politik negeri dengan pendekatan yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Anwar berkata beliau amat menghargai keteguhan kepimpinan Aminuddin yang kekal fokus terhadap usaha membangunkan negeri, meskipun berdepan cabaran politik yang berpanjangan.

“Saya tabik MB Aminuddin dengan kecekalan dan semangat beliau tunjukkan dalam mengharungi kemelut politik negeri yang tidak berkesudahan,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: PM Anwar arah agensi pembangunan usahawan turun padang bantu rakyat
Next: Malaysia tidak akan pertimbang sebarang permohonan pengampunan Jho Low – Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.