Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • City terus beri tekanan kepada Arsenal, belasah Palace 3-0
  • SUKAN

City terus beri tekanan kepada Arsenal, belasah Palace 3-0

Utusan Sarawak 9 hours ago
PEMAIN Manchester City, Savinho meraikan gol ketiga pasukannya ketika menentang Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester. Foto AFP

MANCHESTER: Manchester City terus memberi tekanan kepada Arsenal dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Crystal Palace 3-0 di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Pengurus City, Pep Guardiola melakukan enam pertukaran dalam kesebelasan utama, namun barisan kedua The Citizens tetap tampil garang untuk meraih tiga mata penting.

Gol pembukaan hadir menerusi Antoine Semenyo pada minit ke-32 hasil gerakan cantik Phil Foden sebelum Omar Marmoush menggandakan jaringan lapan minit kemudian.

Pemain Brazil, Savinho melengkapkan kemenangan bergaya City menerusi gol ketiga pada penghujung permainan.

Kemenangan itu menyaksikan City kini hanya dua mata di belakang Arsenal dengan baki dua perlawanan musim ini, sekali gus menjadikan perebutan kejuaraan semakin mendebarkan. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Maraton Kuching 2026 dijangka capai 16,000 peserta, catat rekod baharu
Next: Perbincangan strategik perkasa pembangunan Kompleks Sukan Subis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.