Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • DUN: Peluasan teleperubatan kurangkan keperluan pesakit luar bandar ke hospital besar
  • KESIHATAN

DUN: Peluasan teleperubatan kurangkan keperluan pesakit luar bandar ke hospital besar

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Michael Tiang Ming Tee menjawab soalan Dato Sri Wong Soon Koh (GPS-Bawang Assan) di sidang DUN di Kompleks DUN, Petra Jaya. Foto UKAS

PETRA JAYA: Peluasan teleperubatan di Sarawak dijangka mengurangkan keperluan pesakit di kawasan luar bandar untuk pergi ke hospital besar bagi mendapatkan rawatan pakar.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, melalui teleperubatan, pesakit di klinik kesihatan luar bandar boleh berhubung terus dengan pakar secara jarak jauh tanpa perlu dirujuk ke hospital tertiari dalam banyak kes.

“Ini membantu memastikan rawatan awal dapat diberikan di peringkat klinik, sekali gus mengurangkan perjalanan jauh, kos dan kesesakan di hospital besar di bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dato Sri Wong Soon Koh (GPS-Bawang Assan) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN, hari ini.

Beliau berkata selain teleperubatan, Sarawak turut menggerakkan 97 pasukan kesihatan bergerak yang meliputi 1,005 lokaliti di seluruh negeri bagi membawa perkhidmatan kesihatan terus kepada penduduk luar bandar dan pedalaman.

“Perkhidmatan ini memberi manfaat kepada lebih 102,000 penduduk di kawasan pedalaman yang sukar mendapat akses ke fasiliti kesihatan tetap,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata usaha memperkukuh sistem kesihatan negeri juga berkait rapat dengan keperluan autonomi kesihatan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya dalam menangani cabaran unik Sarawak seperti geografi yang luas dan kekurangan pakar perubatan.

Katanya, pendekatan lebih fleksibel diperlukan bagi mempercepatkan pengurusan tenaga kerja kesihatan serta memperluaskan akses rawatan di kawasan luar bandar.

Selain itu, kerajaan turut memperluas digitalisasi kesihatan dengan 176 fasiliti telah menggunakan Sistem Pengurusan Klinik Berasaskan Awan (CCMS), manakala 94 lagi sedang dalam pelaksanaan, termasuk peruntukan RM10 juta bagi menaik taraf infrastruktur ICT kesihatan.

Beliau berkata gabungan teleperubatan, pasukan kesihatan bergerak dan digitalisasi ini memberi tumpuan kepada usaha membawa perkhidmatan kesihatan lebih dekat kepada rakyat tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada hospital besar.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Ketua WHO sahkan tiada kematian baharu akibat wabak hantavirus sejak 2 Mei
Next: Kesihatan mental bukan lagi isu sampingan di tempat kerja – JKKP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.