Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Ketua WHO sahkan tiada kematian baharu akibat wabak hantavirus sejak 2 Mei
  • KESIHATAN

Ketua WHO sahkan tiada kematian baharu akibat wabak hantavirus sejak 2 Mei

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA WHO sahkan tiada kematian baharu akibat wabak hantavirus sejak 2 Mei. Foto hiasan.

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan pada Rabu bahawa tiada kematian baharu akibat wabak hantavirus yang dikaitkan dengan kapal persiaran dilaporkan sejak 2 Mei lalu, manakala risiko kesihatan awam global kekal rendah.

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, menerusi hantaran di platform X bahawa sebanyak 11 kes telah dilaporkan kepada agensi itu setakat 12 Mei, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut Tedros, lapan daripada kes berkenaan telah disahkan melalui ujian makmal sebagai jangkitan disebabkan virus Andes.

Strain yang menyebabkan wabak kali ini iaitu virus Andes juga boleh merebak antara manusia melalui kontak rapat secara berpanjangan, khususnya dalam ruang tertutup.

Beliau berkata, satu lagi kes masih menjalani ujian makmal lanjut.

“WHO terus menilai risiko kepada populasi global sebagai rendah,” kata Tedros.

Agensi berkenaan terus berhubung rapat dengan pakar dari semua negara terlibat serta menerima laporan kesihatan mingguan berkaitan penumpang dan kru menerusi saluran rasmi Peraturan Kesihatan Antarabangsa.

Menurut Tedros, usaha penyelarasan antarabangsa masih diteruskan bagi menyokong langkah melindungi kesihatan awam. – Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Perancis kuarantin lapan kontak hantavirus di Paris selepas dihantar pulang
Next: DUN: Peluasan teleperubatan kurangkan keperluan pesakit luar bandar ke hospital besar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.