Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera selepas kenderaan langgar penghadang jalan
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera selepas kenderaan langgar penghadang jalan

Utusan Sarawak 9 hours ago
KEADAAN kenderaan jenis Mitsubishi Xpander yang terbabit dalam kemalangan kendiri di Lebuhraya Pan Borneo berhampiran Simpang Bakun awal pagi tadi.

BINTULU: Seorang lelaki cedera di bahagian kaki selepas kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo dari Bintulu menuju ke Samalaju, berhampiran Simpang Bakun awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.35 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Xpander yang melanggar penghadang jalan.

KEADAAN kenderaan jenis Mitsubishi Xpander yang terbabit dalam kemalangan kendiri di Lebuhraya Pan Borneo berhampiran Simpang Bakun awal pagi tadi.

“Seorang mangsa lelaki berusia 52 tahun berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Pasukan bomba kemudian menjalankan pemantauan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan pada 2.31 pagi.

Oleh Carolyne Utih

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut dirempuh kenderaan tidak dikenal pasti di Jalan Miri Airport
Next: Pelajar maut digilis lori selepas motosikal terbabas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.