Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Perancis kuarantin lapan kontak hantavirus di Paris selepas dihantar pulang
  • KESIHATAN

Perancis kuarantin lapan kontak hantavirus di Paris selepas dihantar pulang

Utusan Sarawak 6 hours ago
Foto hiasan.

ISTANBUL: Perancis meletakkan lapan individu yang dikenal pasti sebagai kontak kes hantavirus di bawah kuarantin di Paris selepas mereka dihantar pulang dari kapal persiaran MV Hondius yang terjejas akibat virus itu, lapor Anadolu Ajansi memetik penyiar BFMTV pada Rabu susulan penilaian risiko yang meningkat.

Langkah itu melibatkan individu yang dikaitkan dengan rantaian pendedahan membabitkan kapal persiaran ekspedisi MV Hondius, yang menyaksikan seorang wanita warga Perancis dilaporkan berada dalam keadaan tenat akibat hantavirus.

Bagaimanapun, pihak berkuasa memaklumkan tiada bukti penularan tempatan berlaku di Perancis.

Lapan kontak itu dikenal pasti selepas menaiki penerbangan antara Saint Helena dan Johannesburg, yang turut membawa seorang pesakit hantavirus yang disahkan positif.

Lima daripada individu terbabit dimasukkan ke Hospital Pitie-Salpetriere pada petang semalam, manakala seorang pesakit yang dirawat di Rennes dijangka dipindahkan ke Paris bersama dua lagi kontak.

Menteri Kesihatan Stephanie Rist cuba menenangkan orang ramai dengan menyatakan tiada tanda penularan virus itu di negara berkenaan.

Kesemua lapan individu itu akan terus menjalani kuarantin di Paris susulan pengelasan risiko yang dikemas kini, menurut pihak berkuasa.

Wabak hantavirus setakat ini mengakibatkan 11 jangkitan yang diketahui dan tiga kematian, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Seorang warga Perancis yang dipindahkan dari kapal persiaran itu di Sepanyol pada Ahad kemudiannya disahkan positif penyakit berkenaan dan ditempatkan di unit rawatan rapi dalam keadaan stabil, kata Lecornu pada Isnin malam.

Operasi pemindahan yang dijalankan di Sepanyol pada Ahad dan Isnin melibatkan penumpang serta anak kapal dari 23 negara, dengan protokol kesihatan berbeza mengikut negara.

“Tindak balas kesihatan kami jelas: bagi semua kes kontak, tanpa pengecualian, kuarantin diperkukuh dalam persekitaran hospital,” kata Lecornu.

WHO mengesyorkan pemantauan dan kuarantin selama 42 hari sama ada di rumah atau di kemudahan penjagaan kesihatan. – Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Finland klasifikasi penyakit berkaitan virus Andes sebagai ‘risiko kesihatan awam’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.