Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Messi kekal pemain terima gaji tertinggi AS$25 juta
  • SUKAN

Messi kekal pemain terima gaji tertinggi AS$25 juta

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENYERANG Inter Miami, Lionel Messi dari Argentina (jersi 10), meraikan jaringan semasa perlawanan bola sepak musim biasa Major League Soccer (MLS) antara Inter Miami CF dan Orlando City SC di Stadium NU, Miami, pada 2 Mei 2026. Foto AFP

LOS ANGELES, Amerika Syarikat: Lionel Messi kekal sebagai pemain dengan gaji tertinggi dalam Major League Soccer (MLS) apabila menerima gaji pokok tahunan sebanyak AS$25 juta (RM118 juta), iaitu lebih dua kali ganda berbanding pemain kedua dengan bayaran tertinggi, Son Heung-min, menurut Persatuan Pemain MLS semalam.

Senarai terkini gaji pemain yang dikeluarkan kesatuan itu mencerminkan lanjutan kontrak yang ditandatangani Messi bersama Inter Miami CF pada Oktober lalu, yang akan mengekalkannya bersama kelab dari Florida itu sehingga musim 2028.

Menurut angka berkenaan, gaji pokok Messi meningkat dua kali ganda, manakala keseluruhan perjanjian itu membolehkannya menerima pampasan terjamin sebanyak AS$28.3 juta (RM133 juta).

Son, bekas kapten Tottenham Hotspur F.C. yang menyertai Los Angeles FC pada Ogos tahun lalu menerusi yuran perpindahan rekod MLS yang dilaporkan bernilai AS$26 juta (RM122.2 juta) , menerima gaji pokok sebanyak AS$10.36 juta (RM48.69 juta) dengan jumlah pampasan terjamin AS$11.2 juta (RM52.64 juta).

Gaji berkenaan tidak termasuk pendapatan daripada perjanjian penajaan, manakala pampasan Messi juga tidak mengambil kira opsyen pemilikan pegangan dalam francais Florida itu yang dimiliki bersama oleh David Beckham dan disertainya pada 2023.

Messi yang berusia 38 tahun dan dijangka mengetuai Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Argentina mempertahankan kejuaraan Piala Dunia bermula bulan depan, telah menjaringkan 59 gol dalam 64 perlawanan musim biasa MLS bersama Miami.

Beliau turut muncul penjaring terbanyak liga dengan 29 gol musim lalu selain dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) untuk musim kedua berturut-turut.

Rakan sepasukan Messi di Inter Miami dan Argentina, Rodrigo De Paul, berada di tangga ketiga dengan pampasan terjamin sebanyak AS$9.7 juta (RM45.6 juta).

Pemain Mexico, Hirving Lozano, pula berada di kedudukan keempat dengan pampasan terjamin AS$9.3 juta (RM43.7 juta) walaupun belum beraksi untuk San Diego FC sejak November lalu.

Sementara itu, pemain Atlanta United FC, Miguel Almirón, melengkapkan senarai lima teratas dengan pampasan terjamin sebanyak AS$7.9 juta (RM37.1 juta).

Jumlah keseluruhan pampasan liga disenaraikan sebanyak AS$631 juta (RM2.97 bilion) , dengan purata pampasan terjamin pemain mencecah AS$688,816 (RM3.24 juta), meningkat 8.9 peratus berbanding angka yang diumumkan pada Oktober lalu. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: DUN: Stadium Negeri Sarawak bakal dinaik taraf dengan peruntukan RM7.05 juta
Next: White cedera lutut, terlepas baki musim untuk Arsenal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.