Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Clare Tan harumkan nama Sibu di Kejohanan Tenis MSSS Peringkat Negeri di Kuching
  • SUKAN

Clare Tan harumkan nama Sibu di Kejohanan Tenis MSSS Peringkat Negeri di Kuching

Utusan Sarawak 4 hours ago
BAKAT MUDA… Clare Tan Jun Fei harumkan nama Sibu di Kejohanan Tenis MSSS Peringkat Negeri di Kuching.

SIBU: Clare Tan Jun Fei, muncul sebagai kebanggaan pasukan Sibu pada Kejohanan Tenis Majlis Sukan Sekolah Sarawak (MSSS) peringkat negeri yang berakhir di Kuching baru-baru ini.

Murid berusia 12 tahun dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Taman Rajang itu berjaya meraih tempat ketiga bersama dalam acara individu perempuan bawah 12 tahun, sebelum bergandingan dengan Lorraine Tian untuk memenangi pingat perak dalam acara beregu perempuan bawah 12 tahun.

Selain Clare dan Lorraine, pemain lain dari Sibu yang turut mencatat pencapaian cemerlang ialah Meiko Wong Ke Harn/Cassandrea Chai serta Vince Tan Jun Xian/Jonas Wong Qin En, yang masing-masing muncul tempat ketiga bersama dalam acara beregu perempuan bawah 18 tahun dan beregu lelaki bawah 15 tahun.

Naib Presiden Kedua Persatuan Tenis Padang Bahagian Sibu (SDLTA) Terrance Tan memuji pemain muda tersebut yang telah berjuang bersungguh-sungguh ketika kejohanan terbabit.

Katanya, pemain muda ini berjuang bersungguh-sungguh di gelanggang dengan menunjukkan semangat juang, semangat kesukanan dan bakat yang luar biasa.

“Persatuan amat gembira apabila sebahagian daripada mereka berjaya muncul sebagai pemenang dan mengharumkan nama bahagian Sibu,” ujarnya.

Tan berkata, keputusan yang dicapai mungkin tidak begitu membanggakan, namun sudah agak lama pemain Sibu tidak mendapat tempat teratas atau menduduki podium.

Mengenai Clare, Tan memberitahu, persembahan cemerlangnya telah melayakkan beliau dipanggil mewakili pasukan Sarawak ke Kejohanan MSSM Kebangsaan di Johor pada 6 hingga 14 Jun depan.

Beliau turut memberi penghargaan kepada barisan pemain muda Sibu yang lain, terdiri daripada Evan Sim, Jeremy Chiong, Jerome Chiong, Joyce Wong, Louis Tan, Khloe Ling dan Lewis Tian.

“Mereka semua telah menunjukkan prestasi yang amat baik dan SDLTA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan penyokong.

“Kepada ibu bapa dan jurulatih, terima kasih atas dedikasi tanpa mengenal penat lelah terhadap atlet-atlet muda ini,” katanya.

Oleh Akun Giman

 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Indonesia sasar bida jadi tuan rumah Piala Dunia Futsal FIFA 2028
Next: DUN: Stadium Negeri Sarawak bakal dinaik taraf dengan peruntukan RM7.05 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.