Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Lebih 500 varieti padi Sarawak perlu dilindungi, diangkat jadi produk premium
  • SEMASA

DUN: Lebih 500 varieti padi Sarawak perlu dilindungi, diangkat jadi produk premium

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Ding Kuong Hiing (GPS-Meradong) membahaskan RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 pada sidang DUN di Kompleks DUN, Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Sarawak memiliki lebih 500 varieti padi tempatan yang perlu dilindungi dan diperkasa melalui pensijilan serta pengiktirafan rasmi, sekali gus memperkukuh usaha negeri ini dalam memelihara benih warisan dan kedaulatan makanan jangka panjang.

Datuk Ding Kuong Hiing (GPS-Meradong) berkata, melalui pewujudan Zon Ketulenan Genetik, varieti seperti Bario, Biris dan Bajong dapat dilindungi daripada risiko kacukan serta berpotensi dipasarkan sebagai produk premium bertaraf petunjuk geografi.

Sementara itu, beliau berkata pembangunan kawasan agro perlu diperluas secara lebih agresif khususnya di Sarikei, Betong dan Mukah, selain mencadangkan Bintangor turut diangkat sebagai kawasan agro baharu dengan penglibatan lebih luas sektor swasta.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pembangunan sektor padi perlu memberi manfaat kepada petani kecil melalui sokongan teknologi moden termasuk dron, Internet Kebendaan (IoT) dan jentera pintar menerusi model agropark.

Pendekatan tersebut, katanya bukan bertujuan menggantikan petani tradisional, sebaliknya memperkasa mereka agar sektor pertanian lebih moden, produktif serta menarik penyertaan generasi muda.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN, hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan agar usaha pemodenan tidak menjejaskan identiti serta warisan padi tempatan Sarawak, selain memastikan Lembaga Padi dan Beras Sarawak tidak menjadi entiti birokrasi yang membantutkan pelaksanaan dasar.

“Keputusan berkaitan industri padi negeri mesti berada di tangan rakyat Sarawak sendiri, selaras dengan keperluan dan realiti setempat,” katanya.

Beliau menambah, keselamatan makanan bukan lagi pilihan tetapi hak asas rakyat dan Sarawak perlu bergerak daripada sekadar pengguna kepada pengeluar utama beras sendiri.

Oleh Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: RUU Lembaga Padi dan Beras diluluskan dengan sokongan majoriti ahli dewan
Next: DUN: RUU Lembaga Padi dan Beras mampu bantu kestabilan harga beras pada masa depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.