Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Meradong anjur program derma darah sempena Hari Polis ke-219
  • Tengah
  • WILAYAH

IPD Meradong anjur program derma darah sempena Hari Polis ke-219

Utusan Sarawak 5 hours ago
ORANG ramai yang ingin menderma darah dijemput hadir ke Dewan Pejabat Daerah Lama Meradong pada 23 Mei ini. 

BINTANGOR: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong akan menganjurkan program derma darah sempena sambutan Hari Polis ke-219 di Dewan Pejabat Daerah Lama Meradong pada 23 Mei ini.

Program tersebut terbuka kepada orang ramai dan dijadual berlangsung dari 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Penganjuran program ini merupakan antara inisiatif pihak polis dalam membantu menambah bekalan darah di hospital selain memupuk semangat kemasyarakatan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat.

Orang ramai yang berminat menyertai program ini digalakkan hadir bagi sama-sama menjayakan kempen derma darah tersebut.

Selain membantu mereka yang memerlukan darah, program ini turut memberi peluang kepada masyarakat untuk menyumbang kepada usaha menyelamatkan nyawa.

Pihak penganjur turut menyediakan saguhati kepada penderma terawal sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan penyertaan mereka.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rakyat diingat tidak terlalu terbawa-bawa sentimen politik
Next: APM Marudi bersihkan pokok tumbang halang laluan di Kampung Selejau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.