Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong minat belian dalam saham wajaran tinggi
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong minat belian dalam saham wajaran tinggi

Utusan Sarawak 6 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, didorong oleh minat belian di kaunter saham wajaran tinggi terpilih berikutan pasaran menurun selepas mencatatkan kenaikan selama lima sesi dagangan berturut-turut minggu lepas.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 0.35 mata kepada 1,748.41 daripada 1,748.06 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 5.94 mata kepada 1,754.0.

Pasaran secara menyeluruh positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 242 berbanding 208 manakala 352 kaunter tidak berubah, 1,851 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 260.89 juta saham bernilai RM151.45 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, Wall Street ditutup tinggi berikutan Nasdaq dan S&P 500 mencapai paras tertinggi.

Beliau berkata, sentimen secara keseluruhannya disokong oleh data pekerjaan yang lebih baik daripada jangkaan selain pendapatan yang kukuh setakat ini.

Bagaimanapun, katanya situasi tidak menentu masih wujud di Asia Barat berikutan Amerika Syarikat dan Iran berbalas tembakan, mendorong minyak mentah Brent meningkat kepada AS$101 setong.

“Namun demikian, kami kekal yakin bahawa indeks akan meneruskan aliran meningkat, disokong oleh penyertaan berterusan pelabur asing dalam aktiviti pembelian.

“Kami menjangka indeks diniagakan dalam julat 1,745 hingga 1,760 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, YTL Corp menambah lima sen kepada RM2.31, Gamuda meningkat tiga sen kepada RM4.53 dan Maybank naik empat sen kepada RM11.22. Public Bank menurun tiga sen kepada RM4.85 dan RHB Bank mendatar pada RM8.30.

Bagi saham paling aktif, Velesto dan VS Industry, masing-masing mendatar pada 32 sen dan 19.5 sen, Zetrix AI dan SMRT, masing-masing meningkat satu sen kepada 88 sen dan 22 sen manakala AirAsia berkurangan dua sen kepada RM1.25.

Kaunter paling untung ialah Hume Cement meningkat 11 sen kepada RM3.22, Press Metal dan KESM, masing-masing naik 10 sen kepada RM8.78 dan RM4.66, IOI Properties menokok sembilan sen kepada RM4.57 dan Petronas Chemicals menambah lapan sen kepada RM5.45.

Dalam kalangan kaunter paling rugi, United Plantations menurun 16 sen kepada RM30.64, Time DotCom berkurangan 14 sen kepada RM6.21, MISC, VSTecs dan PPB, masing-masing merosot enam sen kepada RM8.21, RM5.39 dan RM11.14.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 7.18 mata kepada 12,937.42, Indeks FBM Top 100 meningkat 7.70 mata kepada 12,780.23, Indeks FBM Emas Shariah menambah 13.53 mata kepada 12,851.84, Indeks FBM Mid 70 menokok 33.26 mata kepada 18,517.48 dan Indeks FBM ACE naik 2.87 mata kepada 4,614.19.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 26.30 mata kepada 20,247.51, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.16 mata kepada 195.81, Indeks Tenaga meningkat 2.45 mata kepada 814.76 dan Indeks Perladangan melonjak 33.97 mata kepada 8,872.38. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Malaysia Airlines kekal OTP lebih 90 peratus dua bulan berturut-turut
Next: DUN: Sarawak kekal utuh depani ketidaktentuan global – TYT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.