Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya jantan 3.96 meter, berat 280 kg berjaya ditangkap di Daro
  • Tengah
  • WILAYAH

Buaya jantan 3.96 meter, berat 280 kg berjaya ditangkap di Daro

Utusan Sarawak 12 hours ago
BUAYA JANTAN… Pasukan pemburu buaya berlesen Sibu berjaya menangkap seekor buaya jantan lebih 3.96 meter dengan anggaran berat 280 kg di perairan Kampung Sebenak, Daro, semalam. Foto Jeffery Siew

SIBU: Pasukan pemburu buaya berlesen Sibu berjaya menangkap seekor buaya jantan sepanjang 3.96 meter dengan anggaran berat 280 kilogram (kg) di perairan Kampung Sebenak, Daro, semalam.

Ketua pasukannya, Jeferry Siew berkata, operasi itu dijalankan dengan kerjasama penduduk kampung susulan kemunculan buaya yang kerap dilihat di kawasan perairan berkenaan sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, penduduk kampung bimbang terhadap keselamatan mereka lalu meminta bantuan pasukannya untuk menjalankan operasi menangkap buaya bagi mengurangkan ancaman.

BUAYA berkenaan didapati telah mati sebelum diikat kemas dan ditarik naik ke atas bot secara bergotong-royong. Foto Jeffery Siew

“Pasukan kami pada asalnya merancang untuk menjalankan operasi selama dua minggu di kawasan tersebut, namun dalam tempoh beberapa hari sahaja sudah terdapat dua buaya yang terkena perangkap.

“Seekor daripadanya berjaya melepaskan diri selepas memutuskan tali perangkap dan dipercayai bersaiz sangat besar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, seekor lagi buaya dipercayai telah terkena perangkap sejak pagi 9 Mei namun hanya disedari oleh penduduk kampung pada waktu petang sebelum mereka segera memaklumkan kepada pasukannya.

Siew berkata, sebaik menerima maklumat, pasukannya terus bergegas ke lokasi kejadian yang mengambil masa hampir dua jam perjalanan kerana kedudukannya yang jauh.

BUAYA berkenaan berjaya dipindahkan ke dalam bot. Foto Jeffery Siew

“Setibanya di lokasi, kami menaiki bot menuju ke kawasan buaya itu terkena perangkap. Buaya berkenaan didapati telah mati sebelum diikat kemas dan ditarik naik ke atas bot secara bergotong-royong,” katanya.

Beliau berkata, disebabkan saiz buaya yang sangat besar, kira-kira 10 orang terdiri daripada ahli pasukan dan penduduk kampung terpaksa bertungkus-lumus sebelum berjaya menarik reptilia itu ke darat dan memindahkannya ke dalam kenderaan.

“Kami membawa buaya itu pulang ke Sibu pada awal pagi 10 Mei sebelum menyerahkannya kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Siew turut mendedahkan bahawa berdasarkan maklum balas penduduk, populasi buaya di kawasan perairan tersebut dipercayai agak banyak dan menimbulkan kebimbangan keselamatan sejak sekian lama.

Sehubungan itu, katanya, pasukannya akan terus bekerjasama dengan penduduk bagi memasang perangkap di kawasan berkaitan untuk meneruskan operasi menangkap buaya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemimpin masyarakat perlu celik IT seiring era digital — Doris
Next: Kepentingan kewujudan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di Long Bedian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.