Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran ribut petir, hujan lebat beberapa negeri hingga 9.00 malam
  • SEMASA

Amaran ribut petir, hujan lebat beberapa negeri hingga 9.00 malam

Utusan Sarawak 13 hours ago
AMARAN ribut petir, hujan lebat beberapa negeri hingga 9.00 malam. Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya serta lapan negeri hingga 9.00 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh Perlis dan kebanyakan kawasan di Kedah, iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda keseluruhan Perak, Selangor dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh dan Rompin).

Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi Johor (Segamat, Kluang dan Mersing) dan Sarawak melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Tebedu), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit, Bintulu, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Sementara itu, di Sabah kawasan terlibat ialah Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Tongod). – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Cabaran perpaduan era moden tuntut pendekatan lebih strategik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.