Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • EV tempatan perlu dilindungi demi ekonomi negara, elak lambakan kenderaan asing – Pakar ekonomi
  • BISNES

EV tempatan perlu dilindungi demi ekonomi negara, elak lambakan kenderaan asing – Pakar ekonomi

Utusan Sarawak 6 hours ago
DR Kiky Kirina Abdillah berpendapat langkah MITI memperketat syarat import EV import sepenuhnya mampu melindungi industri automotif tempatan serta kestabilan ekonomi negara.

KUCHING: Langkah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memperketat syarat import kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya dilihat sebagai tindakan wajar bagi melindungi industri automotif tempatan serta kestabilan ekonomi negara.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Kiky Kirina Abdillah berkata, masyarakat mungkin hanya melihat isu tersebut dari sudut kemampuan membeli kenderaan yang lebih murah, namun terdapat implikasi ekonomi lebih besar yang perlu diberi perhatian.

Menurut beliau, lambakan EV dari China ketika ini berlaku susulan permintaan domestik yang semakin lemah di negara itu sehingga menyebabkan sebahagian pengeluar berdepan masalah kewangan dan muflis.

“Dari sudut pengguna, mungkin kita hanya nampak isu kemampuan membeli, tetapi jika dilihat dalam konteks lebih besar, kereta EV dari China juga menghadapi isu pelambakan kerana rakyat mereka sendiri tidak membeli.

“Ada dalam kalangan jenama yang sampai muflis dan ini boleh mendatangkan risiko kepada pengguna di Malaysia sekiranya berlaku kerosakan tetapi tidak dapat dibaiki atau sukar mendapatkan sokongan selepas jualan,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas langkah baharu MITI yang menetapkan syarat minimum nilai kos, insurans dan tambang (CIF) RM200,000 serta kuasa motor minimum 180 kilowatt (kW) bagi EV import sepenuhnya bermula 1 Julai ini.

Dr Kiky berkata, pengukuhan pemasangan tempatan bukan sahaja memudahkan akses alat ganti dan penyelenggaraan, malah membuka ruang pemindahan teknologi kepada tenaga kerja tempatan.

“Sekurang-kurangnya jika EV itu dipasang secara tempatan atau melibatkan jenama tempatan, lebih mudah mendapatkan alat ganti dan pada masa sama berlaku pemindahan teknologi kepada anak tempatan,” katanya.

Tambah beliau, perlindungan terhadap industri tempatan penting bagi mengelakkan aliran keluar mata wang negara yang boleh memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.

“Kita perlu melindungi jenama tempatan kerana kesan aliran keluar mata wang dari sesebuah negara boleh menyebabkan pelbagai isu ekonomi termasuk peningkatan kos sara hidup.

“Dalam konteks ini, MITI sebenarnya sedang memainkan peranan mereka dengan betul untuk memastikan pembangunan industri automotif negara lebih mampan,” ujarnya.

Sebelum ini, MITI mengumumkan peraturan baharu terhadap EV import sepenuhnya bagi menggalakkan pemasangan tempatan serta pembangunan ekosistem automotif negara.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia diunjur diniaga dalam jajaran kecil minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.