Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nepal keluarkan permit daki Everest terbanyak setakat ini
  • GLOBAL

Nepal keluarkan permit daki Everest terbanyak setakat ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
NEPAL catat rekod permit pendakian Everest tertinggi, cetus kebimbangan kesesakan di puncak dunia.



KATHMANDU: Nepal telah mengeluarkan jumlah permit tertinggi untuk pendakian Gunung Everest pada musim bunga ini, kata pegawai pada Jumaat.

Ia sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai kesesakan di gunung tertinggi dunia itu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Sehingga 8 Mei, Nepal telah mengeluarkan 492 permit untuk Everest sahaja, menghasilkan lebih AS$7.1 juta hasil, menurut data Jabatan Pelancongan (DoT).

Rekod sebelumnya telah dibuat pada 2023, apabila 478 permit untuk mendaki Everest dikeluarkan.

Tahun lepas, pihak berkuasa Nepal mengeluarkan 468 permit.

Secara keseluruhan, 1,134 permit mendaki gunung telah dikeluarkan untuk 30 puncak bagi musim akan datang, membawa hasil lebih AS$8.3 juta.

“Walaupun dengan protes Gen Z dan perang Israel-Iran, jumlah pendaki paling banyak telah mengambil permit musim ini. Ini benar-benar bersejarah,” kata jurucakap DoT Himal Gautam kepada dpa.

Pada September, negara Himalaya itu digegarkan dengan kekacauan yang serius selepas larangan ke atas platform media sosial mendorong puluhan ribu penunjuk perasaan, yang kebanyakannya orang muda, mengecam rasuah dan nepotisme yang berleluasa.

Sekurang-kurangnya 76 orang terbunuh dalam rapat yang digelar sebagai protes Gen Z itu.

Menurut laporan media Nepal, bilangan permit tinggi yang dikeluarkan adalah kerana China telah menutup pendakian ke Everest dari sebelah Tibet.

Angka rasmi di Nepal menunjukkan jumlah terbesar permohonan tahun ini adalah dari China, diikuti AS dan India.

Pertambahan pendaki dijangka meningkatkan ekonomi Nepal namun terdapat kebimbangan berhubung kesesakan di Everest disebabkan oleh persiapan puncak yang tertangguh.

Sebelum ini, kesesakan di puncak menyebabkan pendaki terkandas selama berjam-jam dalam apa yang dipanggil zon kematian dengan kepekatan oksigen rendah, menyumbang kepada kematian yang menurut beberapa pendaki dan pakar boleh dielakkan.

Berbanding tahun-tahun sebelumnya, musim bunga kali ini menyaksikan pendakian ke puncak pertama ditangguhkan hampir dua minggu kerana keadaan ais yang tidak stabil, cuaca buruk, halangan logistik dan pertikaian mengenai penggunaan dron.

Gautam bagaimanapun berkata musim ini berjalan seperti yang dijadualkan.

Musim pendakian Everest biasanya menyaksikan percubaan puncak tertumpu dalam beberapa hari atau minggu pada bulan Mei apabila keadaan cuaca paling stabil.

Selepas Mei, suhu pemanasan mempercepat pencairan Glasier Khumbu, memaksa ekspedisi ditamatkan. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Polis Makkah tahan 18 penduduk palsu permit residen, kad nusuk, gelang haji
Next: Modi hadiri majlis angkat sumpah ketua menteri Bengal Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.