
HYDERABAD: Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin tertinggi Parti Bharatiya Janata (BJP) menghadiri majlis angkat sumpah ketua menteri Bengal Barat, Suvendu Adhikari di Kolkata pada Sabtu.
Adhikari, 57, ialah ketua menteri BJP pertama di negeri timur yang bersempadan dengan Bangladesh, di mana kebangkitan parti nasionalis Hindu itu kini dalam pemerhatian ramai.
Gabenor negeri R.N. Ravi menerima lafaz sumpah jawatan ketua menteri baharu itu.
Menteri Dalam Negeri India Amit Shah, ketua menteri Gujarat Bhupendra Patel, ketua menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath dan pemimpin tertinggi BJP serta ketua menteri antara yang menghadiri acara itu.
BJP memenangi 207 kerusi dalam sidang perwakilan 294 ahli sekali gus menamatkan pemerintahan 15 tahun ketua menteri tiga penggal Mamata Banerjee daripada Kongres Trinamool di negeri dengan 100 juta penduduk itu. – Bernama