
MAKKAH: Polis Wilayah Makkah menahan 18 penduduk dengan kewarganegaraan Afghanistan dan Pakistan kerana memalsukan permit pemastautin, kad nusuk dan gelang haji, mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka dan merujuk mereka ke Pendakwaan Awam, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Direktorat Am Keselamatan Awam menggesa semua rakyat dan penduduk mematuhi peraturan dan arahan haji serta melaporkan pelanggar peraturan dengan menghubungi 911 di Makkah, Madinah, Riyadh dan wilayah Timur serta 999 untuk seluruh negara.- Bernama-SPA