Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa sepanjang tiga meter sembunyi dalam stor berjaya ditangkap
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular sawa sepanjang tiga meter sembunyi dalam stor berjaya ditangkap

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGGOTA APM Debak berjaya menangkap seekor ular sawa batik sepanjang 10 kaki yang menceroboh masuk ke dalam sebuah stor rumah di Kampung Debak Laut, semalam. Foto APM Debak

DEBAK: Kehadiran seekor ular sawa batik sepanjang tiga meter yang menceroboh masuk ke dalam sebuah stor rumah di Kampung Debak Laut mencetuskan detik cemas buat penghuni kediaman itu semalam.

Kejadian tersebut disedari oleh pemilik rumah ketika sedang melakukan aktiviti di kawasan stor sebelum ternampak reptilia besar berkenaan bersembunyi di celah barangan simpanan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong, Kapten (PA) Mohammad Noor Ini mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira 9.25 malam.

Menurut beliau, pengadu yang dikenali sebagai Mohammad Ajit segera meminta bantuan selepas bimbang keselamatan ahli keluarganya memandangkan saiz ular yang agak besar dan berpotensi mendatangkan bahaya.

Susulan laporan diterima, sepasukan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Debak segera digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan diketuai Sarjan (PA) Mohd Yusuf Laili itu bertolak pada 9.30 malam dan tiba di rumah pengadu lima minit kemudian bagi menjalankan operasi menangkap reptilia tersebut.

Sebaik tiba di lokasi, anggota APM melakukan tinjauan taktikal serta menyediakan peralatan khas sebelum memulakan operasi di ruang stor yang dipercayai menjadi tempat persembunyian ular sawa berkenaan.

Operasi tersebut berjaya apabila anggota penyelamat menemui ular sawa batik itu di sudut gelap stor sebelum menangkapnya menggunakan teknik menjerut secara profesional dalam tempoh kurang 15 minit tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Operasi tamat sepenuhnya pada 9.50 malam selepas kawasan stor dipastikan selamat, manakala pihak APM turut menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak sendiri sekiranya berdepan situasi sama dan segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ Sri Aman perkasa kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar
Next: MBKS buka permohonan Majlis Kanak-Kanak Kuching Selatan sesi 2026-2028

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.